Ingin Rasa Menu India Utara ? Pakeeza Restaurant Tempatnya

380 Views in
Story MakerList MakerYears Of MembershipCommunity ModeratorVerified UserUp/Down VoterContent Author

Bagi yang minat dengan menu India seperti Nasi Briyani atau Roti Nan, terdapat sebuah restoran di Ipoh yang popular dengan menu India Utara yang dikenali sebagai Pakeeza Restaurant. Restoran ini terletak di hadapan Hotel Tower Regency yang berdekatan dengan Greentown.

Kuah karinya diakui ramai dan boleh dikatakan yang terbaik di Ipoh. Walaupun Pakeeza Restaurant menyediakan makanan yang biasa ditemui di restoran-restoran mamak di Malaysia, namun kualiti makanan dan suasananya serta layanan yang diberikan telah menjadikannya pilihan ramai.

Sama ada peminat menu daging atau vegetarian, semua pilihan menu di sini amat sesuai untuk anda. Kuantiti makanan juga amat sesuai dimakan bersama rakan-rakan serta keluarga.

Harganya juga berbaloi bagi mereka yang mementingkan kualiti makanan dan servis. Restoran ini beroperasi setiap hari bermula pukul 11 pagi hingga 3 petang dan 6 petang hingga 10.30 malam.