in

Go Bang Maju Patin Tempoyak

629 Views
Story MakerList MakerYears Of MembershipCommunity ModeratorVerified UserUp/Down VoterContent Author

Temerloh terkenal dengan gulai patin masak tempoyak. Dikatakan, Patin Tempoyak Temerloh paling sedap di dunia. Benarkah ? Mari kita lihat sejauh mana tahap kesedapan Patin tempoyak yang digembar-gemburkan itu.

Terdapat banyak pilihan kedai makan yang menyajikan menu ini di Temerloh, akan tetapi mari kita lihat sebuah restoran yang agak popular di sini, iaitu Go Bang Maju Patin Tempoyak. Kedai makan ini terletak di tepi jalan arah ke Bera.

Konsep kedai makan ini adalah layan diri. Pelanggan hanya perlu memilih sendiri lauk-pauk yang telah disediakan. Terdapat banyak pilihan lauk yang menarik seperti Telur masak Lemak, Daging Masak Kicap, Ketam Masak Lemak, Sayur Terung Belanda serta Udang Galah Masak Lemak.

Untuk watak utamanya pula, sudah tentulah Ikan Patin Masak Tempoyak! Isi ikan patin yang lembut serta elok dimasak bersama kuah masak lemak yang sudah pastinya memikat hati para pelanggan di saat hirupan kuah yang pertama. Memang terangkat beb!!!

Untuk pengetahuan anda, Go Bang Maju juga telah membuka cawangan barunya yang terletak di Taman Sri Rampai, Kuala Lumpur.




  • PENAFIAN: Semua hasil penulisan di laman web ZINE ini adalah hak milik penulis dan ZINE kecuali dinyatakan. Anda perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan pihak ZINE sekiranya anda ingin menyalin kandungan artikel ini ke mana-mana media termasuk blog, laman sesawang, majalah, akhbar, poster, brosur atau mana-mana media cetak atau media atas talian. Rujukan atau keratan artikel dengan meletakkan kredit sumber dari penulis asal dan ZINE dibenarkan dengan syarat tidak diubahsuai untuk mengelakkan sebarang percanggahan maklumat dan kesilapan maksud dari penulisan asal. Pihak ZINE sentiasa menghormati hak milik dan hak cipta pihak lain, termasuk artikel, gambar, muzik, video atau bahan lain yang digunakan dalam artikel atau bahagian dalam laman ini. Sekiranya terdapat sebarang masalah, laporan, kesilapan kandungan, hakcipta atau pertanyaan mengenai artikel ini, sila gunakan borang laporan dengan klik butang 'REPORT CONTENT'.