in

Fullamak Sup Tanjung Bendahara

Fulllaammaaakkk.. sup dia kelia baqhang!!

277 Views
Story MakerList MakerYears Of MembershipMeme MakerEmbed Maker

Fullamak Sup Tanjung Bendahara ni dah lama dah wujud dekat Alor Setar. Kedai ini terletak di Kampung Pegawai, Alor Setar.

Bagi penggemar makanan jenis sup, inilah tempat yang begitu sesuai untuk anda mencuba pelbagai jenis masakan sup yang terkenal di Alor Setar.

Antara menu sup istimewa yang terdapat di Fullamak Sup Tanjung Bendahara ialah bihun sup, mee sup, keuy teow sup dan mcacm-macam lagi. Antara lauk atau isi sup pula terdiri daripada sup daging/ayam, sup ekor, sup perut, dan yang lebih special ialah sup rusa. Memang padu beb.

 

Selain itu, terdapat juga menu sampingan yang pastinya menambah selera makan, iaitu Coconut Shake @ Fullamak Sup Tg. Bendahara. Ini pun bukan calang-calang coconut shake oleh kerana rasanya yang memang terbaik. Harga juga berpatutan, harga bajetlah boleh dikatakan.

Kalau yang hampa dok cari kedai makan yang jual sup-sup di Alor Setar, elok la hampa singgah di Fullamak Sup Tanjung Bendahara.




  • PENAFIAN: Semua hasil penulisan di laman web ZINE ini adalah hak milik penulis dan ZINE kecuali dinyatakan. Anda perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan pihak ZINE sekiranya anda ingin menyalin kandungan artikel ini ke mana-mana media termasuk blog, laman sesawang, majalah, akhbar, poster, brosur atau mana-mana media cetak atau media atas talian. Rujukan atau keratan artikel dengan meletakkan kredit sumber dari penulis asal dan ZINE dibenarkan dengan syarat tidak diubahsuai untuk mengelakkan sebarang percanggahan maklumat dan kesilapan maksud dari penulisan asal. Pihak ZINE sentiasa menghormati hak milik dan hak cipta pihak lain, termasuk artikel, gambar, muzik, video atau bahan lain yang digunakan dalam artikel atau bahagian dalam laman ini. Sekiranya terdapat sebarang masalah, laporan, kesilapan kandungan, hakcipta atau pertanyaan mengenai artikel ini, sila gunakan borang laporan dengan klik butang 'REPORT CONTENT'.