Bihun Sup Kak Mah Jadi Viral

1,241 Views in
Story MakerList MakerYears Of MembershipMeme MakerEmbed Maker

Mana geng yang suka bihun sup nih… baru-baru ini viral kat pendang tak tau ka… Meh sini nak habaq mai.

Walaupun hanya menggunakan satu menu sahaja, iaitu bihun sup, namun perniagaan Kak Mah terus menular ke serata tempat, mahupun di Facebook ataupun Whatsapp. Ada orang yang dari Penang, Sungai Petani dan banyak tempat lagi tengok kat facebook viral, terus mai terjah kedai Kak Mah nih.

Rasa bihun sup dia pulak cukup kaw.. Daging depa boh segenggam tauk dalam mangkuk.. Memang merecik argh. Mana yang x mai rasa lagi tu elok la hampa singgah kedai Bihun Sup Kak Mah.

Lokasi :  No.47, Kampung Paya Kerchut, Mukim Ayer Puteh, Pendang

Waktu Operasi  : 12.00 tghari – 7.00 mlm (Jumaat tutup)