in

‘Bebola Daging Swedish’ IKEA Bukan Asal Dari Sweden

293 Views
Years Of Membership

Juadah popular ‘bebola daging Swedish’ seperti yang diperkenalkan di negara ini oleh syarikat perabot IKEA, bukan berasal dari resipi asli Sweden.

Akaun Twitter rasmi negara Sweden pada Sabtu mendedahkan bahawa juadah berkenaan asalnya diambil dari Turki oleh raja mereka, Raja Charles XII, pada kurun ke-18.

Raja Charles XII memerintah Sweden dari tahun 1697 hingga 1718, dan dipercayai telah tinggal di kota Bender, Moldova, yang merupakan sebahagian daripada empayar Uthmaniyyah.

Dalam masakan tradisional Turki, bebola daging dikenali sebagai kofte, dan berbeza-beza dari segi bentuk, saiz dan rasa.

Kofte juga datang dengan beberapa variasi seperti kentang dan vegetarian.

Sebaliknya, variasi Sweden yang dijual di IKEA dibuat daripada daging lembu dan dihidangkan dengan kuah yang diperbuat dari stok daging lembu.

Ia juga dihidangkan dengan kentang rebus dan jem lingonberry, yang dibuat dari sejenis buah berry yang banyak terdapat di Sweden.

Tweet itu mencetuskan maklum balas positif daripada beberapa pengguna Turki, yang memuji ‘kejujuran’ pengakuan tersebut.




  • PENAFIAN: Semua hasil penulisan di laman web ZINE ini adalah hak milik penulis dan ZINE kecuali dinyatakan. Anda perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan pihak ZINE sekiranya anda ingin menyalin kandungan artikel ini ke mana-mana media termasuk blog, laman sesawang, majalah, akhbar, poster, brosur atau mana-mana media cetak atau media atas talian. Rujukan atau keratan artikel dengan meletakkan kredit sumber dari penulis asal dan ZINE dibenarkan dengan syarat tidak diubahsuai untuk mengelakkan sebarang percanggahan maklumat dan kesilapan maksud dari penulisan asal. Pihak ZINE sentiasa menghormati hak milik dan hak cipta pihak lain, termasuk artikel, gambar, muzik, video atau bahan lain yang digunakan dalam artikel atau bahagian dalam laman ini. Sekiranya terdapat sebarang masalah, laporan, kesilapan kandungan, hakcipta atau pertanyaan mengenai artikel ini, sila gunakan borang laporan dengan klik butang 'REPORT CONTENT'.