Awi Pulut Mendapat Sambutan Hangat Di Alor Setar

446 Views in
Story MakerList MakerYears Of MembershipCommunity ModeratorVerified UserUp/Down VoterContent Author

Kalau hampa mai Alor Setar, terdapat sebuah warung menjual pulut yang semakin menjadi bualan hangat para pengunjung yang pernah bertandang ke sana. Awi Pulut nama diberi. Ianya terletak di lokasi yang begitu strategik di Alor Setar iaitu berdekatan dengan stesen Kereta Api Tanah Melayu (KTM).

Antara menu pulut yang memang sempoi termasuklah Pulut Durian, Pulut Ayam, Pulut Mangga, Pulut Kahwin dan Pulut Kuning.

Tambahan pula, pulut selalunya dimakan dengan kuah santan yang menyedapkan lagi rasa. Agak dah puas menjamah pulut, boleh juga cuba makanan sampingan di sini, iaitu Nasi Ayam Berempah serta Nasi Ayam Percik. Memang kombinasi yang terbaik. Anda patut mencubanya.