in

Apom Lenggang Bukan Apam Balik

390 Views
Story MakerList MakerYears Of MembershipCommunity ModeratorVerified UserUp/Down VoterContent Author

Apom Lenggang ialah salah satu kuih tradisional orang Melayu yang agak jarang boleh ditemui sekarang. Ramai yang kenal Apam Balik tetapi tidak kenal Apom Lenggang. Ada juga yang kata sama sahaja kedua-dua kuih ini. Tetapi pada hakikatnya, kedua kuih ini tidak sama dari resipi, cara membuat, mahupun rasanya. Okay jom kita kenal sikit apa itu Apom Lenggang ni.

Kuih Apom Lenggang ini selalunya dijadikan sajian sebagai sarapan pagi pada masa dahulu. Akan tetapi, pada masa kini, kuih ini juga boleh dihidangkan ketika minum petang. Dari segi masa, tempoh untuk memasak kuih ini juga sangat singkat. Oleh itu, lebih enak jika dimakan panas-panas kerana ianya sangat rangup.

Bahan-bahan untuk membuat Apom Lenggang ni agak simple iaitu terdiri daripada tepung beras, tepung gandum, yis, gula, santan pekat dan juga telur. Cara pembuatannya yang unik itu yang telah memberikan nama kepada kuih ini. Bancuhan tepung dituang ke dalam kuali sebelum kuali tersebut dilenggangkan untuk membolehkan tepung menjadi leper dan bulat mengikut bentuk kuali tersebut.

Credit : iResipi.com




  • PENAFIAN: Semua hasil penulisan di laman web ZINE ini adalah hak milik penulis dan ZINE kecuali dinyatakan. Anda perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan pihak ZINE sekiranya anda ingin menyalin kandungan artikel ini ke mana-mana media termasuk blog, laman sesawang, majalah, akhbar, poster, brosur atau mana-mana media cetak atau media atas talian. Rujukan atau keratan artikel dengan meletakkan kredit sumber dari penulis asal dan ZINE dibenarkan dengan syarat tidak diubahsuai untuk mengelakkan sebarang percanggahan maklumat dan kesilapan maksud dari penulisan asal. Pihak ZINE sentiasa menghormati hak milik dan hak cipta pihak lain, termasuk artikel, gambar, muzik, video atau bahan lain yang digunakan dalam artikel atau bahagian dalam laman ini. Sekiranya terdapat sebarang masalah, laporan, kesilapan kandungan, hakcipta atau pertanyaan mengenai artikel ini, sila gunakan borang laporan dengan klik butang 'REPORT CONTENT'.