5 Tempat Makan Best Patut Cuba Di Terengganu

1,095 Views in
Story MakerList MakerYears Of MembershipCommunity ModeratorVerified UserUp/Down VoterContent Author

Tidak dapat dinafikan lagi bahawa Negeri Terengganu terkenal dengan pelbagai jenis makanan yang enak seperti keropok lekor dan nasi dagang. Tetapi, untuk pengetahuan anda, terdapat banyak lagi makanan yang best kat negeri Permata Pantai Timur yang boleh anda cuba. Mari kita lihat Top 5 tempat makan yang menjadi tarikan di Kuala Terengganu dan kawasan sepinggirnya.

#1 Restoran Mat Binjai

Restoran Mat Binjai terletak di tengah bandar Kuala Terengganu iaitu di Jalan Sultan Sulaiman. Apa yang istimewanya restoran ini ?

Keistimewaan tentang Restoran Mat Binjai ini ialah mereka menyediakan masakan tradisi negeri Terengganu serta lauk berhidang yang disajikan ala makanan minang ataupun nasi padang.

Bayaran yang pula dikenakan untuk makanan yang hanya dimakan sahaja. Di sini juga terdapat beberapa hidangan yang jarang kita temui seperti telur penyu. Itu juga antara salah satu keistimewaan di restoran ini. Boleh lah anda mencuba keenakan makanan kat sini jika anda berkunjung ke Kuala Terengganu.

#2 Warung Pok Nong ( Ikan Celup Tepung-ICT )

Kalau anda berkunjung ke Terengganu, anda patut cuba makanan yang menjadi buruan para pengunjung dari luar mahupun penduduk tempatan iaitu Ikan Celup Tepung ( ICT ).

ICT bukan sahaja popular di kalangan orang-orang biasa sahaja malahan juga dari kalangan para pemimpin politik dan juga selebriti.

Warung ini terletak betul-betul di tepi pantai Mengabang Telipot (sebelah pantai Teluk Ketapang). Menu utamanya tentulah ikan celup tepung dan juga seafood celup tepung yang lain seperti sotong, udang dan juga terdapat keropok lekor celup tepung.

Konsep warung ini adalah layan diri dan boleh memilih apa sahaja seafood yang ingin dimakan. Harganya pula dikenakan berdasarkan kuantiti makanan yang diambil. Kerangupan tepung dan perisanya yang padu membuatkannnya menjadi popular bersama sos yang disediakan.

Minuman di sini juga tidak mengecewakan kerana terdapat ais kacang, ais jagung, air kelapa dan lain-lain. Harganya pula sangat berpatutan. Memang Terbaik.

#3 D’Ganu Café Steamboat

Bagi yang menggemari steamboat, anda boleh cuba steamboat di sini yang terletak di Pulau Duyung. Restoran ini terletak betu-betul di tepi laut dan mnejadikan pemandangannya indah dengan angin laut yang mendamaikan.

Makanannya juga sedap dan harga yang amat berpatutan dikenakan. Menghidangkan pelbagai jenis makanan iaiatu makanan laut, makanan barat dan juga makanan tempatan yang mampu membuka selera sesiapa shaja yang berkunjung.

Untuk pengetahuan anda, D’Ganu Café Steamboat menyajikan steamboat yang boleh dikatakan paling padu di Kuala Terengganu. Terdapat pelbagai pilihan seperti ayam, daging, sotong, udang dan bebola makanan laut beserta sayuran terpilih yang pastinya menambat hati para pengunjung. Ditambah pula kuah tomyam yang mengancam.

#4 Nasi Dagang Mak Ngah

Negeri Terengganu terkenal dengan nasi dagang yang menjadi salah satu tarikan bagi para pelancong yang berkunjung ke sana. Akan tetapi, terdapat sebuah restoran yang menyajikan nasi dagang terbaik iaitu restoran Nasi Dagang Mak Ngah yang terletak di Simpang Empat Chendering, Kuala Terengganu.

Nasi yang lembut dan lemak ini sangat enak jika dijamah panas-panas apatah lagi digandingkan dengan kuah lemak ikan tongkol yang amat segar dan sedap. Walaupun harganya agak mahal, tetapi amat berpatutan dengan kualiti makananya yang baik.

Bagi yang pertama kali hendak mencuba nasi dagang, anda patut bertandang ke restoran ini kerana sekali merasa nasi dagang di sini, pasti sukar untuk anda mencari pengganti. Memang padu beb.

#5 Kedai Keropok Lekor BTB 2209/Dynar Lekor

Bertempat di Bukit Tok Beng, Seberang Takir Kuala Terenganu. Dahulu kedai keropok lekor ini dikenali dengan Keropok BTB tetapi ditukar kepada Dyna Lekor. Hari operasi kedai ini adalah setiap hari kecuali pada hari Jumaat dan beroperasi bermula pukul 8 pagi sehingga 8 malam.

Keropok lekor adalah menu yang paling wajib untuk dibawa pulang sekiranya berkunjung ke sini. Memang kecur air liur kalau melihat keropok lekor yang dicicah dengan sos cili istimewa.

Terdapat pelbagai keropok yang unik yang dijual di sini dengan pelbagai jenis perisa. Terdapat juga pilihan seperti keropok lekor klasik ataupun keropok lekor moden. Jika anda peminat keropok lekor cheese, anda patut memilihnya sebagai pilihan utama.