Logo Restoran Ini Hasil Inspirasi Daripada KFC, Tapi Di Mana Silapnya?

136 Views 63 Votes in
Years Of MembershipContent Author

Buat pembaca setia Trendniaga, kalau anak anda mengidam KFC setiap minggu tapi bila godek-godek poket penuh angin. Haa ini ada satu solusi, anda boleh melawat satu restoran serupa KFC yang baru dibuka di Kajang.

Restoran ini diberi nama KgFC yang khabarnya dibuka oleh seorang ustaz dari Darul Huffaz dengan usaha murni bagi menampung juga satu pusat tahfiz. Tahniah diucapkan oleh pengusaha KgFC atas pelancaran restoran beliau ini.

Sumber: Facebook Sifoo.com

Tapi ada sesuatu yg mengusik perhatian. Kenapa jenama dan visualnya sama dengan KFC? Sama sangat masalahnya.

  1. Font/typeface sama
  2. Logo kolonel sander diganti denagn ustaz
  3. Kolar baju dan bowtie masih nampak
  4. Scheme color sama (walaupun lain sikit merahnya)

Persoalannya, tak ada yang nasihatkan ke? Risiko meniru jenama perniagaan. Ini bukan soal tak sokong usaha murni pusat tahfiz. Takut nanti dana habis kepada membayar saman harta intelek atau yuran guaman sebab kena naik turun mahkamah. Tak berbaloi.

Ada yang berpendapat usaha tiru ini adalah shortcut untuk tarik perhatian mudah daripada pelanggan. Ah, jalan pintas dengan cara apa sahaja, takut tak berkat sahaja nanti. Tak tenang juga nanti.

Dah ada kes contoh sebelum ni, jenama beras Faiz kena bayar jutaan Ringgit Malaysia sebagai gantirugi jenama kepada beras Faiza. Mungkin, KgFC mengambil risiko dengan mengambil contoh McCurrry yg menang kes dari McDonalds. 8 tahun melayan mahkamah, akhirnya menang. Letih. Tapi dah takde lagi kedai McCurry. Tutup. McDonalds masih gah berniaga.

Sumber: Facebook Sifoo.com

Susah nak nampak hukum yang jelas bila mengambil benda orang lain yang tak nampak (itulah harta intelek). Susah nak dihormati apabila tidak menghormati.

Apa-apa pun, semoga maju jaya. Kami doakan yang baik-baik akan datang buat mereka. Semoga berkat sepenuhnya buat anak-anak mereka. Niat dah bagus. Perniagaan yang dipilih pun bagus. Perlaksanaan ilmu jenama dan harta intelek agak cetek.

Kami harapkan juga pada yang ingin membuka perniagaan agar peka tentang hak jenama dan harta intelek.

Nasihat ringkas ini diberi oleh Sifoo.com  di laman Facebook fanpage mereka. Diharap usahawan hari ini mengambil iktibar dan mencedok lagi banyak ilmu berkenaan harta intelek ini sebelum membuat sebarang pilihan.

Kalau anda mahu mengeluarkan sebarang logo bisnes anda, apa salahnya keluarkan duit sedikit untuk mereka yang memang pakar grafik untuk mereka logo anda. Daripada anda dikenakan tindakan yang kemudian harinya hanya memakan lagi banyak wang anda sendiri.

Comments