in

Lima ditahan jual beli senjata dan peluru

Content AuthorYears Of MembershipCommunity ModeratorVerified UserUp/Down VoterQuiz MakerPoll MakerStory MakerImage MakerAudio MakerVideo MakerGallery MakerEmbed MakerList MakerMeme MakerEmoji Addict

KOTA KINABALU: Polis menahan lima individu yang dipercayai terlibat dalam kegiatan memperdagangkan senjata dan peluru dalam satu serbuan berasingan di Keningau, pada September lalu.

Suspek yang berusia antara 29 hingga 40 tahun itu ditahan di lokasi berasingan selepas tangkapan suspek pertama dibuat.

Pemangku Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Omar Mammah berkata serbuan pertama dibuat di sebuah premis perniagaan di Keningau yang membawa kepada penemuan pelbagai jenis peluru dan komponen senjata api.

“Ketika serbuan dibuat, seorang lelaki iaitu suspek utama kes ini berada dalam premis berkenaan dan mengaku sebagai pemilik premis.

“Hasil daripada pemeriksan dibuat, polis telah menjumpai pelbagai jenis peluru dan komponen senjata api antaranya 70 butir peluru jenis 12 bore jenama GB CLUB, lapan butir peluru, 12 bore jenama GB Buck dan 18 komponen senapang angin,” katanya dalam satu sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah, di sini, pada Jumaat.

Tambah Omar, susulan kepada penahanan suspek pertama, membawa kepada penemuan empat lagi suspek yang terlibat dalam sindiket jual beli senjata dan peluru.

“Hasil daripada soal siasat, suspek pertama mengaku bahawa dia mendapat barang peralatan tersebut dari seorang lagi individu yang berasal dari Nabawan dan bertindak sebagai orang tengah membekalkan senjata dan peluru.

“Suspek kedua ini mengaku bahawa dia mendapat bekalan tersebut daripada negara jiran dan suspek membeli senjata-senjata ini dengan harga murah untuk dijual di pasaran tempatan.

“Seterusnya, daripada pendedahan yang dibuat oleh suspek kedua ini, kita berjaya menahan suspek ketiga yang mahir dalam membaiki senjata dan daripada pendedahan suspek ketiga ini, kita telah menangkap dua lagi suspek lelaki tempatan yang terlibat dalam urus jual beli senjata-senjata ini,” katanya.

Menurut Omar, antara barang rampasan ialah sembilan laras senapang angin pelbagai jenama dan tiga batang paip yang diubah suai menjadi komponen laras senapang bakakuk serta alat mesin pengimpal.

Kelima-lima suspek kini ditahan reman bermula pada 7 sehingga 18 September ini mengikut daripada tarikh tangkapan dibuat dan kes disiasat mengikut Seksyen 7 Akta Senjatapi Penalti Lebih Berat 1971 dan Seksyen 8(a) Akta Senjata 1960.




  • Leave a Reply

    Bekas KP LHDN dilantik pengerusi Jawatankuasa Reformasi Cukai

    Hubungan saya dan Anwar baik-baik sahaja – Tun Mahathir