in

Lepaskan saya secara baik – CEO FGV Zakaria Arshad

Years Of MembershipCommunity ModeratorVerified UserUp/Down VoterContent AuthorQuiz MakerPoll MakerStory MakerImage MakerAudio MakerVideo MakerGallery MakerEmbed MakerList MakerMeme MakerEmoji Addict

Kuala Lumpur: “Kalau diminta keluar, saya sedia tetapi perlulah ada asas,”.

Itu merupakan komen Ketua Pegawai Eksekutif Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV), Datuk Zakaria Arshad berhubung desas-desus beliau akan dipecat.

Bersifat terbuka, Zakaria berkata beliau tidak mempunyai masalah sekiranya syarikat mempunyai pengganti yang lebih baik.

“Saya sudah 35 tahun bersama syarikat, FGV juga adalah ‘hidup’ saya. Kalau diminta keluar saya tidak mempunyai masalah namun perlu berasas.

“Saya juga tidak mahu pegang jawatan dalam jangka masa lama, jika ada pengganti yang lebih baik, saya persilakan,” katanya ketika dihubungi Astro AWANI.

Zakaria mengulas susulan penggantungan beliau dari tugas bagi membolehkan siasatan dalaman berkaitan 10 isu kritikal yang membawa kepada kerugian FGV dan pemegang saham.

Pada masa sama Zakaria berkata hubungannya bersama Pengerusi FGV Datuk Azhar Abdul Hamid adalah baik meskipun mempunyai perbezaan cara pengurusan.

“Awalnya kami berbincang cara untuk memperbaiki keadaan FGV. Sudah tentu setiap individu ada cara pengurusan berbeza, saya dengan cara saya, beliau dengan caranya. Namun yang penting matlamat kami adalah sama.

“Datuk Azhar mempunyai pengalaman korporat yang luas kerana beliau menyertai banyak syarikat sebelum ini berbanding saya,” katanya sambil menambah perbezaan itu harus menjadi kekuatan kepada FGV.

Mengulas isu siasatan dalaman, Zakaria berkata beliau perlu mengambil masa untuk mengumpul semula maklumat yang diperlukan kerana ia melibatkan maklumat sejak tahun 2010 ketika beliau menjadi CEO Delima Oil Products Sdn Bhd.

“Dahulu setiap anak syarikat mempunyai ahli lembaga sendiri. Kini ia diselaraskan di bawah satu lembaga FGV. Saya tegaskan semua transaksi dahulu 110 peratus tiada keraguan dan mengikut standard operasi.

“Saya terkilan kerana mengapa saya seorang sahaja dipanggil? Keputusan transaksi melibatkan banyak pihak ketika itu. Saya tidak boleh ingat semua maklumat.

“Antara soalan diajukan (dalam siasatan dalaman) adalah soal lauk yang saya makan pada tahun 2010 dan 2011. Sudah tentu saya tidak ingat,” jelasnya.

Tambahnya, beliau akan meminta masa tambahan bagi melengkapkan dokumen yang diminta pihak lembaga pengarah.




  • What do you think?

    10 points
    Upvote Downvote