in

KPKT kaji kes Bumiputera gagal beli rumah

Years Of MembershipCommunity ModeratorVerified UserUp/Down VoterContent AuthorQuiz MakerPoll MakerStory MakerImage MakerAudio MakerVideo MakerGallery MakerEmbed MakerList MakerMeme MakerEmoji Addict

TANJUNG SEPAT: Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) akan mengkaji permohonan pembeli rumah mampu milik golongan Bumiputera yang ditolak oleh institusi kewangan.

Menterinya Zuraida Kamaruddin berkata pihaknya juga akan mengadakan pertemuan dengan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), institusi kewangan termasuk pihak pemaju bagi mencari penyelesaian isu berkenaan.

“Saya mahu tahu berapa banyak golongan Bumiputera yang gagal membeli rumah, dan saya akan berjumpa dengan institusi kewangan dan KWSP serta pemaju sendiri.

“Saya mahu selesaikan isu ini, biar bumiputera diberi keutamaan,” kata Zuraida dalam satu sidang media di Tanjung Sepat pada Ahad.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas hasil kajian Institut Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (REHDA) mencadangkan agar kuota Bumiputera yang tidak terjual dilepaskan ke pasaran terbuka.

Tegas Zuraida, KPKT komited dalam memastikan golongan Bumiputera mampu memiliki rumah, pada masa sama mengatasi lambakan rumah mampu milik kuota Bumiputera yang tidak terjual.

“Kami ada pertemuan dengan REHDA, dan KPKT sedang merancang Dasar Perumahan Negara 2.0 dan di situ ada elemen di mana kami akan mentakrifkan semula ‘rumah mampu milik’,” kata Zuraida.

Sebelum ini, REHDA mencadangkan supaya harga rumah mampu milik di Semenanjung Malaysia dihadkan dengan unit kediaman di Kuala Lumpur dan Lembah Klang ditawarkan pada harga paling tinggi iaitu RM500,000.

Dalam rumusan laporan kajian rumah mampu milik yang dikeluarkan hari ini, ia menegaskan tanda aras rumah mampu milik adalah berbeza di seluruh negara dan bergantung kepada kelayakan median pendapatan peminjam di negeri-negeri.

Kajian itu turut mengenal pasti sembilan masalah struktur terhadap sistem rumah mampu milik ketika ini, melibatkan persekitaran atau penggiat yang tidak sekata, dasar perumahan yang tegas, lokasi tidak sesuai dan harga tanah.