in

Kita juara! Stadium Nasional Bukit Jalil dinobat Stadium Terbaik Dunia 2018

Content AuthorYears Of MembershipCommunity ModeratorVerified UserUp/Down VoterQuiz MakerPoll MakerStory MakerImage MakerAudio MakerVideo MakerGallery MakerEmbed MakerList MakerMeme MakerEmoji Addict

KUALA LUMPUR: Stadium yang sering menjadi kebanggaan negara, Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) dinobatkan sebagai pemenang Anugerah Stadium Terbaik Dunia bagi kategori Stadium Sedia Ada di Kongres Stadium Dunia 2018.

Stadium yang turut menjadi tuan rumah pelbagai kejohanan dan konsert bertaraf dunia itu mengalahkan tiga buah stadium ternama lain iaitu U Arena, Stade de France, dan Nouveau Stade de Bordeaux, ketiga-tiganya terletak di Perancis.

Stadium U Arena merupakan stadium bagi sukan ragbi manakala Stade de France dan Nouveau Stade de Bordeaux pula sering menjadi tuan rumah bagi pelbagai perlawanan bola sepak di Eropah.

“Kami amat berbangga untuk mengumumkan bahawa Stadium Nasional telah memenangi Anugerah Stadium Terbaik Dunia yang diumumkan di Amsterdam Arena.

“Satu berita yang amat baik dan menunjukkan sikap dedikasi dan kerja keras daripada semua pihak yang terlibat,” menurut satu kenyataan yang dikeluarkan oleh KL Sports City.

Pada tahun 2017, stadium dengan kapasiti sebanyak 87,411 itu melalui proses pengubahsuaian untuk digunakan ketika Sukan SEA dan Sukan Para ASEA.

Selain daripada sukan bola sepak, olahraga, dan terbaru ragbi, stadium ini juga digunakan untuk pelbagai acara hiburan termasuklah Tayangan Perdana filem Lee Chong Wei: Menjulang Kejuaraan.

Stadium ini mula dibina pada 1 Januari 1995 dan digunakan secara rasmi pada Sukan Komanwel 1998 yang menyaksikan Malaysia dipilih sebagai tuan rumah kejohanan itu.