in

Kerajaan siasat kes kahwin bawah umur di Gua Musang – TPM

Years Of MembershipCommunity ModeratorVerified UserUp/Down VoterContent AuthorQuiz MakerPoll MakerStory MakerImage MakerAudio MakerVideo MakerGallery MakerEmbed MakerList MakerMeme MakerEmoji Addict

PUTRAJAYA: Kerajaan akan menyiasat secara menyeluruh berhubung isu budak perempuan berusia 11 tahun dari Gua Musang, Kelantan yang didakwa berkahwin dengan lelaki berusia 41 tahun di Thailand, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Beliau yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat berkata telah menerima laporan berhubung kes itu dan mengarahkan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk mendapatkan maklumat lanjut dengan bertemu ibu budak perempuan itu.

“Buat masa ini, siasatan secara menyeluruh perlu dilakukan kerana ia melibatkan Enakmen Undang-Undang Syariah negeri.

“Selain itu, kita kena ambil kira semua aspek mengapa ia berlaku. Adakah ia disebabkan oleh masalah kemiskinan, pendidikan, kekeluargaan mahupun masalah lain yang berada di sekeliling budak terbabit,” katanya kepada pemberita selepas melawat projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) Sungai Kedah/Anak Bukit di sini, hari ini.

Kes perkahwinan lelaki berumur 41 tahun dengan budak perempuan 11 tahun itu tular di laman sosial semalam selepas perkara itu dikongsi isteri kedua lelaki terbabit.

BACA: Isteri terkilan suami kahwini kanak-kanak 11 tahun

BACA: Nikah budak 11 tahun: ‘Saya ikat sahaja, belum tinggal bersama’

BACA: Isu imam nikah budak 11 tahun: ‘Siapa nak lindungi hak dia?’ – Aktivis sosial

BACA: Nikah budak 11 tahun: Pasangan diminta hadir di mahkamah

Lelaki terbabit didakwa bernikah dengan budak perempuan itu di Thailand pada 4 Syawal lepas (18 Jun) dan hanya diketahui isterinya itu, yang berumur 34 tahun, selepas dimaklumkan rakannya yang berkongsi foto perkahwinan suaminya.

— BERNAMA