in

Kata Arieffahmi Depresi Itu Masalah Iman, Para Sarjana Terjaga Diam Dari Lena

Years Of MembershipCommunity ModeratorVerified UserContent AuthorUp/Down VoterStory MakerList Maker

Wahai manusia, tolong ramai-ramai buktikan saya salah.

1. Dunia tempat ujian. Satu perjalanan.

2. Ujian untuk uji keimanan. Besar iman besar ujian.

3. Yang depresi adalah yang sampai satu level yang diberi ujian baru untuk naik ke peringkat baru.

4. Sebab tu orang yang cuba hafal Quran ujiannya maha besar. Kita diuji dengan apa yang kita ada dan tahu. Bayangkan kalau baca dan hafal quran tapi tak amal?

5. Sabar dengan ujian sekarang. Refleksi diri.

6. Minta bantuan ahli ilmu untuk bantu tunjukkan jalan.

7. Orang yang depresi dan berjaya keluar sahaja yang tahu apa itu depresi.

8. Maka mereka perlu keluar kerana merekalah hero yang perlu selamatkan mereka semua sebelum, semasa dan selepas depresi.

9. Jadilah doktor, healer yang beriman. Dari bidang kepakaran masing-masing.

10. Nak kaitkan dan ambil iman, ambil semua. Jangan ambil sikit-sikit nanti lagi keliru dan kelabu.

11. Kita sampaikan dengan rahmah dan salam. Orang bagi tahi kita bagi bunga. Orang tak terima, lakum dinukum waliyadin.

12. Wama taufiqi illa billah. Mohon dari dia sahaja.

13. Sambil kerja, doakanlah allahumahdi qoumana fainnahum la yaklamun.

14. Kerja keras siapkan pintu pulang. Untuk balik berehat di negara abadi. Hilang segala resah dan sedih. Apa itu?

15. Tunggu sahaja dijemput bila-bila dalam keadaan terbaik.

16. Senyum.

Abu Nuh @ Dr Strange

Kaherah December 11 18. 

Wahai manusia, tolong ramai-ramai buktikan saya salah. 1. Dunia tempat ujian. Satu perjalanan.2. Ujian untuk uji…

Posted by Arieffahmi Abd Razak on Tuesday, 11 December 2018