in

Jenazah Nazrin Hassan selamat dikebumi

Years Of MembershipCommunity ModeratorVerified UserUp/Down VoterContent AuthorQuiz MakerPoll MakerStory MakerImage MakerAudio MakerVideo MakerGallery MakerEmbed MakerList MakerMeme MakerEmoji Addict

PETALING JAYA: Jenazah Ketua Pegawai Eksekutif Cradle Fund Nazrin Hassan yang meninggal dunia dalam satu kebakaran di rumahnya di Mutiara Damansara semalam, selamat dikebumikan pada pukul 10 pagi tadi.

Terdahulu, jenazah tiba di Tanah Perkuburan Islam Kota Damansara kira-kira pukul 9:30 pagi.

Suasana pilu menyelubungi tanah perkuburan semasa proses pengebumian dijalankan dengan kehadiran kira-kira 300 orang anggota keluarga, rakan-rakan dan pekerja yang datang bagi memberi penghormatan terakhir.

Isterinya, Samirah Muzaffar, bersama keluarganya kelihatan tabah menguruskan perjalanan terakhir arwah Nazrin.

Sebelum itu jenazah disembahyangkan di Masjid Kota Damansara selepas solat sunat Aidilfitri.

Pada Khamis, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Mohd Zani Che Din mengesahkan kejadian kebakaran di sebuah rumah, melibatkan bilik tidur utama di tingkat atas rumah teres dua tingkat tersebut.

BACA: CEO Cradle Fund maut dalam kebakaran

READ: Obituary: Nazrin Hassan, Cradle Group CEO

Menurut Komander Operasi Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Damansara Ramli Harun, mangsa ketika kejadian berada di bilik berkenaan seorang diri.

Nazrin, 45 tahun, meninggalkan seorang isteri dan empat orang anak.