in

Jangan beri kami hadiah … kecuali bunga atau makanan – PM

Years Of MembershipCommunity ModeratorVerified UserUp/Down VoterContent AuthorQuiz MakerPoll MakerStory MakerImage MakerAudio MakerVideo MakerGallery MakerEmbed MakerList MakerMeme MakerEmoji Addict

PUTRAJAYA: Anggota pentadbiran awam Kerajaan yang diterajui Pakatan Harapan tidak boleh menerima hadiah daripada mana-mana pihak.

Ini termasuk Menteri dan juga Setiausaha Politik.

Polisi ini dibuat sebagai salah satu langkah Kerajaan menghapuskan amalan rasuah.

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata dasar tidak menerima hadiah ini sebelum ini hanya tertumpu kepada penjawat awam.

“Sekarang ini saya tidak boleh terima apa-apa hadiah. Kalau ingin beri apa-apa, bunga boleh, makanan boleh, buah-buahan pun boleh,” kata Dr Mahathir.

Selain itu, beliau turut mengumumkan bahawa pengisytiharan harta bagi anggota pentadbiran akan dibuat kepada Perdana Menteri.

“Namun, Perdana Menteri perlu memberi pengisytiharan tersebut kepada agensi berkaitan supaya kita dapat memastikan tiada unsur atau elemen rasuah,” kata beliau.

Dr Mahathir berkata demikian selepas Mesyuarat Jawatankuasa Khas Kabinet Mengenai Anti Rasuah di Jabatan Perdana Menteri pada hari ini.

Turut hadir dalam sidang media tersebut adalah Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, Menteri dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin serta Ketua Pengarah Pusat Governans, Integriti dan Anti-Rasuah Nasional, Tan Sri Abu Kassim Mohamed.

Dalam sidang media tersebut, Abu Kassim turut memaklumkan bahawa Rang Undang-Undang Pembiayaan Politik akan digubal dengan kadar segera.

Selain itu, turut diumumkan bahawa Jabatan Integriti dan Tadbir Urus Negara (JITN), Institut Integriti Malaysia (IIM), Biro Pengaduan Awam (BPA) dan Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) akan diletakkan dibawagh GIACC.

“Bagi memastikan struktur dan fungsi baharu tidak bertindan, GIACC perlu menyelaras dan mengemukakan input cadangan mekanisme penstrukturan semula agensi-agensi berkenaan kepada Jabatan Perkhidmatan Awam dengan mengambilkira penjimatan kos kerajaan dan penyemakan semula jumlah agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri,” katanya.