Jack Ma Umum ‘Cuci Tangan’ Dari Alibaba

89 Views 58 Votes in
Years Of MembershipContent Author

Siapa tak kenal dengan tubuh susuk kecil dengan rambut persis tempurung kelapa yang sering tular di media sosial dengan ucapan motivasi beliau dalam dunia perniagaan. Itulah dia Jack Ma, pengasas bersama Alibaba dan juga pengerusi eksekutif Kumpulan Alibaba Holding Ltd.

Jack Ma memberitahu The New York Times bahawa beliau akan mengundurkan diri dari dunia perniagaan untuk memfokuskan masa dan tenaga beliau dalam kerja-kerja kebajikan dalam dunia pendidikan.

Tarikh 10 September 2018 menjadi pilihan beliau untuk bersara daripada dunia perniagaan bersempena dengan tarikh lahir beliau yang ke-54. Jack Ma sebelum ini membuat keputusan untuk berundur diri daripada jawatan ketua eksekutif Alibaba pada tahun 2013 lalu.

Alibaba diasaskan oleh Jack Ma bersama 18 orang yang lain dengan bermodalkan hanya 60,000 USD hasil pinjaman sahabat beliau. Kini syarikat e-dagang Alibaba itu sudah pun bernilai 420 billion USD dengan 66000 tenaga kerja.

Jack Ma yang juga seorang bekas guru itu memberitahu bahawa pengunduran beliau ini bukanlah bermakna satu pengakhiran. Tetapi ia adalah satu permulaan era baru buat Jack Ma dan Alibaba. Beliau menginginkan wajah baru yang lebih muda untuk mengetuai Alibaba.

Jack Ma merupakan figura ketiga terkaya China dalam senarai jutawan Forbes dengan nilai 36.6 billion USD.

Comments