in

Isu 5 Juta : Pelakon Farid Kamil akan dipanggil pihak polis

Poll MakerStory Maker

SHAH ALAM – Pihak Polis akan memanggil pelakon, Datuk Farid Kamil berkenaan isu menerima ‘suapan’ sebanyak 5 juta oleh kerajaan BN yang dahulu.

Perkara itu disahkan setelah pihak polis menerima laporan daripada seorang lelaki yang merupakan Presiden Pemantau Malaysia Baharu, Datuk Lokman Noor Adam.

Laporan polis terhadap Farid Kamil

Sebelum itu, Farid yang telah memuat naik sebuah video ke dalam Youtube MyFokus Online, semasa terlibat dalam program TV al Hijrah pada jam 10 malam semalam, dirancangan “Nak jadi artis ke nak jadi ahli politik?”, berkata beliau telah cuba dirasuah sebanyak RM 5 juta oleh pihak kerajaan (iaitu kerajaan BN yang berkuasa sebelum 9hb Mei, 2018).

Kata lokman, tuduhan pelakon terkenal itu terlampau berat kerana tuduhan palsu dan menghina bekas perdana menteri dan isteri.

Tambahnya lagi, perkara tersebut perlu disiasat oleh pihak polis supaya rakyat Malaysia tahu mana yang betul dan salah. Farid tidak boleh mereka-reka cerita dan sewenang-wenang membuat andaian berbentuk fitnah.

Kes ini  boleh  disiasat mengikut Seksyen 500 mengikut keseksaan.