Belia Mempunyai Peranan Yang Besar Untuk Mengubah Dunia

Slot 5: Diskusi Awam: Belia Malaysia; Peranan Dan Cabaran

128 Views in , , , ,
Story MakerCommunity ModeratorVerified UserContent AuthorQuiz MakerYears Of MembershipList Maker

Golongan belia merupakan generasi paling berharga dalam sesebuah ketamadunan.Rugilah kalau permata yang hanya dibiarkan tanpa digilapnya.

Persoalan utama, sejauh manakah kita peka terhadap isu belia?Berbaloikah kita mengfokuskan pembentukan belia?

Slot 5: Diskusi Awam: Belia Malaysia; Peranan & Cabaran disampaikan oleh Dr Farid Shahran dan Ustaz Faridh Omar

Secara am, golongan belia ini terdiri daripada lingkungan umur 18 hingga 30 tahun.Belia sepatutnya bukan ditakrifkan daripada fizikal akan tetapi pada semangatnya.

Antara perkongsian dalam membincangkan tajuk tersebut :

  • Belia harus mengambil peluang terbaik dalam mendemensikan pemikiran mereka.
  • Belia hari ini kurang keyakinandan jelas pada visi hidup dan peribadi.
  • Kesedaran untuk memimpin diri sendiri,keluarga dan masyarakat.
  • Belia adalah golongan terpelajar dan boleh mengubah dunia.
  • Pentingnya pendidikan dalam melahirkan belia.
  • Belia berpotensi tapi tidak terkehadapan.
  • Belia harus keluar dari zon selesa.

Untuk pergi laju bergerak seorang,

Untuk pergi jauh bergerak berkumpulan.

                                                      Seminar Belia & Intelektual 2018

Maka sangat jelaslah bahawa belia mempunyai kuasa untuk mengubah dunia pada masa akan datang.

Kekuasaan belia ini dapat dilihat dengan jelas kisah penaklukan 2/3 dunia.Sultan Muhammad Al-Fateh bersifat misionary.

Bapa beliau sangat yakin anaknya boleh menakluki konstantinopel.

 

Ayuh belia!!Kita bangkit..