Seorang Imam di Osaka mewakili perkembangan Islam di Jepun

968 Views in
Story MakerYears Of Membership

Ibaraki, Wilayah Osaka – Seorang sarjana undang-undang warganegara Mesir bertempatkan di Ibaraki, wilayah Osaka, berkata bahawa dia sedang bergiat untuk meningkatkan kefahaman tentang Islam di kalangan masyarakat Jepun dan lebih 100,000 Muslim hidup di kalangan mereka.

Islam secara perlahan-lahan menanam akarnya di Jepun. Di sana terdapat lebih 60 masjid, dan kebanyakannya daripada hasil wakaf rumah mereka.

Mohsen Bayoumy, 55, seorang imam di salah satu masjid dan sebuah pusat untuk Persatuan Halal Jepun, mengatakan kesedaran tentang keimanan semakin meningkat.

Bukan sahaja terdapat banyak restoran yang menyediakan makanan-makanan halal mengikut undang-undang pemakanan Islam, bahkan pelayan-pelayan di restoran tidak halal juga sering menanyakan pelanggan Muslim akan kehendak mereka, katanya.

Bayoumy telah dilahirkan di pinggir bandar Kaherah pada tahun 1964 dan telah menghafal Al-Quran, kitab suci bagi Islam, apabila beliau 9 tahun, dibawah didikan ayahnya yang sangat patuh pada agama. Dia telah mempelajari bidang Islam di Universiti Al-Azhar, Kaherah, salah satu pusat pendidikan Islam yang termahsyur di dunia.

Kebanyakan graduan Al-Azhar telah dihantar ke masjid seluruh dunia, dan pada tahun 2000, Al-Azhar telah menghantar beliau ke Kobe.

Bayoumy mengenali serba sedikit tentang negara itu tetapi beliau mengetahui bahawa negara itu telah mencapai pembangunan ekonomi yang pantas selepas Peperangan Dunia ke-2 dan hanya mempunyai sebilangan Muslim.

Hanya beberapa masjid dibina selepas perang di Jepun, dan yang paling tertua telah dijumpai pada tahun 1935, di Kobe.

Muslim telah mencapai bilangan yang memuaskan di Jepun ketika akhir tahun 1980 di mana ekonomi mereka merundum dalam mencari pekerjaan. Mereka memasukkan pemuda-pemuda dari Pakistan dan Indonesia.

Beberapa daripada kalangan mereka telah mengahwini rakyat Jepun dan menjadi warganegara di situ. Mereka memulakan untuk mengumpul dana bagi menukarkan rumah biasa kepada masjid dan pusat komuniti, atau membeli rumah kos rendah untuk tujuan yang sama.

Itulah suasana yang ditemui olah Bayoumy ketika dia sampai di Jepun. Lebih 10 tahun beliau menetap di Kobe, dia melihat peningkatan masyarakat Jepun untuk mempelajari Islam selepas mengahwini Muslim ataupun mereka didedahkan dengan budaya Islam.

“Saya telah menyaksikan lebih kurang 600 masyarakat Jepun memeluk Islam,” kata Bayoumy.

Kesan daripida isu 11 September 2001, serangan ke atas Amerika Syarikat, Masjid Kobe telah menerima satu panggilan yang mengecam Islam. Bayoumy menjawabnya dengan tengan dan berkata: “Kami tiada apa untuk disorokkan. Mari datang sini dan kita berbincang.”

Bayoumy berpindah dari Kobe ke Ibaraki pada tahun 2010, di mana dia menjadi seorang Imam di satu masjid dalam 2-tingkat rumah yang dilawat oleh pelajar-pelajar muslim pada tahun 2006. Seorang warganegara Indonesia berkata dia berbesar hati atas kedatangan seorang imam, yang mana dia amat sukar untuk mempelajari tentang keimanan di Jepun.

Bayoumy membuka sesi pembelajaran pada Sabtu petang dihadiri oleh 20 orang Asia dan Timur Tengah dari daerah Kansai.

Dalam satu sesi temubual wartawan, dia mendengar Bayoumy menerangkan tentang kehadiran mereka untuk menunaikan Haji di Mekah, mereka mestilah memakai pakaian putih yang tidak berjahit. Mereka yang menghadiri kelas tersebut, dengar dan mengambil nota.

Islam mempunya pelbagai peraturan disiplin yang mana telah membuang banyak pemakanan diet budaya Jepun, seperti larangan terhadap penggunaan daging babi dan alkohol.

Apabila masyarakat Muslim Jepun menanyakan mungkinkah bagi mereka untuk menghadiri majlis memperingati ahli keluarga mereka, Bayoumy mengatakan mereka patut hadir majlis sebegitu tanpat membaca sebarang sutra Buddhist.

“Allah memerintahkan kita untuk menjaga hubungan yang baik dengan ahli keluarga dan jiran-jiran,” kata Bayoumy.

Dia juga memegang jawatan lain, sebagai ketua komuniti bagi Persatuan Halal Jepun, dia telah memegang jawatan ini beberapa tahun yang lalu. Peranan beliau memerlukan beliau untuk melawat kawasan tanaman seluruh Jepun untuk diperiksa samaada produk mereka yang dikawal mengikut peraturan Islam atau tidak.

Syarikat Hikari Miso, syarikat yang membuat pes kacang soya yang ditapai di Ijima, wilayah Nagano, telah mendapat persijilan kilang halal oleh persatuan tersebut pada tahun 2012 dan mula mengeksport ke pemasaran Islam seperti Indonesia, Malaysia dan Timur Tengah.

“Kami inginkan untuk meningkat kadar penghasilan tahunan produk halal kepada 1,000 tan di seluruh negara Islam pada tahun 2018 untuk meningkatkan penjualan,” kata pegawai yang bertugas di syarikat itu.

Bayoumy mengatakan beliau mengharap untuk menjadi “jambatan di antara Jepun dan Islam”.

“Penghormatan adalah perihal yang paling penting untuk pemahaman yang mendalam,” beliau tambah. “Hormat sebagai kawan mewujudkan masyarakat yang aman.”