Mahu Sambut Hari Valentine? Ini Sejarah Gelap Di Sebalik Hari “Kekasih” Sedunia

438 Views in
Community ModeratorYears Of MembershipVerified UserUp/Down VoterContent AuthorStory Maker

Tanggal 14 Februari adalah hari menyambut percintaan sedunia, atau lebih dikenali sebagai Hari Valentine.

Namun tahukah anda sejarah gelap di sebalik asal usul Hari Valentine?

Walaupun titik asal usul sejarah Hari Valentine masih samar-samar hingga hari ini, kita boleh mulakan dengan zaman Rom purba, zaman di mana lelaki mengorat wanita dengan menyebat mereka. Ya, pengasasan Hari Valentine tidaklah seindah yang anda sangkakan.

Tamadun Rom Yang Liar Dan Gila

Dari 13 hingga 15 Februari, bangsa pagan Rom purba meraikan satu perayaan bernama Lupercalia.

Lupercalia merupakan antara perayaan pagan tertua di dunia. Perayaan ini dapat dikesan semula hingga ke pengasasan Rom sendiri iaitu seawal 753 S.M.

Dalam perayaan itu, para laki akan mengorbankan dua ekor kambing (melambangakan kesuburan) dan seekor anjing (melambangkan kesucian). Kulit haiwan yang dikorbankan ini kemudiannya digunakan untuk menyebat wanita.

The Roman romantics were drunk. They were naked,” kata Noel Lenski, sejarawan di University of Colorado di Boulder.

Ada juga wanita muda yang secara sukarelanya akan beratur untuk disebat dengan kepercayaan bahawa upacara ini akan menjadikan mereka lebih subur.

Upacara kejam lain Lupercalius termasuklah loteri perjodohan, di mana para pemuda lelaki akan mencabut undi nama wanita dari sebuah balang. Nama wanita dari “cabutan bertuah” ini kemudiannya akan berpasangan dengan lelaki tersebut untuk suatu tempoh ketika perayaan itu – atau lebih lama, jika mereka jodoh yang sesuai.

Rom kuno juga bertanggungjawab atas nama Hari Valentine itu sendiri.

Asal Usul Nama Hari Valentine

Di bawah pemerintahan Emperor Claudius Gothicus (juga dikenali sebagai Claudius II) dari 268-270M., Rom terlibat dalam banyak kempen peperangan.

Ketika itu, Emperor Claudius mendapati ramai rakyatnya enggan menyertai pasukan ketenteraan dan terus membuat andaian bahawa ia berpunca daripada  ikatan emosi rakyatnya terhadap isteri dan keluarga meraka. Sebagai solusi, Claudius telah mengharamkan segala perkahwinan dan pertunangan di Rom.

Valentine, menyedari ketidakadilan perintah itu, menentang Claudius dan terus melakukan perkahwinan untuk pencinta-pencinta muda secara rahsia.

Sebaik sahaja Claudius dapat tahu, dia memerintahkan supaya Valentine dijatuhkan hukuman bunuh. Hukuman itu telah dijalankan pada 14 Februari, pada atau sekitar tahun 270.

Berabad kemudian selepas peng-kristianan kerajaan Rom, gereja katolik Rom mula membuat sedikit sebanyak perubahan. Pihak gereja menentang sepenuhnya ritual Lupercalia yang melibatkan aktiviti erotisme dan seksualiti.

Pemulaan Sambutan Hari Valentine

Pada abad ke-5, Pope Gelasius mengisytiharkan 14 Februari sebagai hari  penghormatan kepada St. Valentine (dan juga sebagai usaha menghapuskan ritual pagan Lupercalia).

Tapi pengisytiharan Hari Valentine ini hanya sekadar “rebranding” Lupercalia semata-mata kerana masih ada lagi ritual Lupercalia yang diadoptasikan ke dalam Hari Valentine.

Contohnya, Lupercalia mengamalkan ritual “cabut undi” nama wanita. Perayaan Hari Valentine pula melibatkan upacara “cabut undi” nama para syahid kristian dari masa silam. Hasilnya? Pengutip undi (lelaki dan perempuan) perlu mencontohi sikap dan amalan nama para syahid yang dikutip.

Kristian Rom mengambil keputusan untuk mengadoptasi ritual Lupercalia bagi memudahkan Romawi pagan menerima agama Kristian yang semakin popular ketika itu.

Namun, menukarkan nama suatu ritual pagan tidak mengubah fakta bahawa ia tetap ritual pagan.

Boleh rujuk di…

Bolehkah Umat Islam Menyambut Valentine Day?