Penyebaran Hadith Di Media Sosial

Sabar, Selidik, Sebar

117 Views in , , ,
Embed MakerStory MakerYears Of Membership

Pada zaman ini, sering tersebar Hadith di platform media sosial seperti, di Whatsapp, Instagram, Telegram, Facebook, Twitter dan sebagainya. Tetapi, kadang-kala, Hadith yang disebarkan itu bukan sahaja tidak ada sandaran yang sahih, malah, ada yang palsu.

Ini adalah perkara bahaya kerana terdapat Hadith Sahih yang memberi amaran kepada sesiapa yang membuat Hadith Palsu, juga mereka yang mempercayai Hadith Palsu.

Nabi Sallahu A’laihi Wa Salam bersabda :

مَنْ كَذَبَ عَلَيَّ فَلْيَتَبَوَّأْ مَقْعَدَهُ مِنَ النَّارِ

Maksudnya: “Barangsiapa yang berdusta di atas namaku, maka siaplah tempatnya di dalam neraka”.

Juga terdapat pada Hadith yang lain, Nabi Sallahu A’laihi Wa Salam bersabda:

مَنْ حَدَّثَ عَنِّي بِحَدِيْثٍ يُرَىْ أَنَّهُ كَذِبٌ فَهُوَ أَحَدُ الْكَاذِبِيْنَ

Maksudnya: “Sesiapa yang menyampaikan daripadaku sesuatu hadith yang pada sangkaannya adalah dusta maka dia adalah termasuk dalam kalangan pendusta.”

Maka, untuk mengelakkan diri dari bahaya ini, amalkanlah 3S. Iaitu Sabar, Selidik, dan Sebar.

  1. Sabar : Apabila kita menjumpai Hadith, maka, kita sabar dan berhenti dahulu sebelum cepat menekan butang ‘share’. Ini untuk mengelak penyebaran Hadith yang tidak Sahih.
  2. Selidik : Sebelum menyebarkan suatu Hadith, kita lakukan penyelidikan dahulu terhadap status Hadith tersebut sama ada ia sahih, ataupun tidak. Bertanya kepada mereka yang berilmu dalam bidang Hadith juga merupakan antara bentuk penyelidikan. Jika didapati Hadith itu tidak sahih, maka, tidak perlu disebarkannya kecuali dengan niat untuk memberitahu bahawa Hadith tersebut bukanlah Hadith sahih.
  3. Sebar : Apabila telah selesai penyelidikan terhadap suatu Hadith dan didapati bahawa ianya sahih, maka sebarkanlah ia.

Maka, jika diikuti langkah-langkah di atas, kita bukan hanya dapat menyebarkan Hadith Nabi yang agung malah, kita dapat mengurangkan penyebaran Hadith yang tidak palsu.

Rasulullah Sallahu A’laihi Wa Salam bersabda:

مَنْ سَنَّ فِـي الْإِسْلَامِ سُنَّةً حَسَنَةً، فَلَهُ أَجْرُهَا وَأَجْرُ مَنْ عَمِلَ بِهَا بَعْدَهُ مِنْ غَيْرِ أَنْ يَنْقُصَ مِنْ أُجُوْرِهِمْ شَيْءٌ ، وَمَنْ سَنَّ فِـي الْإِسْلَامِ سُنَّةً سَيِـّئَةً ، كَانَ عَلَيْهِ وِزْرُهَا وَوِزْرُ مَنْ عَمِلَ بِهَا مِنْ بَعْدِهِ مِنْ غَيْرِ أَنْ يَنْقُصَ مِنْ أَوْزَارِهِمْ شَيْءٌ

Maksudnya : Barangsiapa yang memberi teladan (contoh) perbuatan yang baik, ia akan mendapat pahala perbuatan tersebut serta pahala orang yang mengikutinya (sampai hari kiamat) tanpa mengurangi pahala mereka sedikit pun. Dan barangsiapa yang memberikan contoh yang buruk, maka ia akan mendapatkan dosa perbuatan tersebut serta dosa orang-orang yang mengikutinya (sampai hari kiamat) tanpa mengurangi dosa mereka sedikit pun.