kereta api laju haramain

Pengalaman Menaiki Kereta Api Laju Haramain Makkah – Madinah

Coretan Di Tanah Haram (Siri 4)

997 Views in , ,
Story MakerCommunity ModeratorVerified UserContent AuthorQuiz MakerYears Of MembershipList Maker

“Alhamdulilah direzekikan untuk pulang dari makkah ke tempat tinggal kami di madinah dengan menaiki train/kereta api laju Haramain di bahagian kelas perniagaan “bisnes class“.

Kelebihan menaiki train ni antaranya , perjalanan yang pada kebiasaannya mengambil masa 6-7 jam dapat disingkatkan menjadi 3 jam sahaja. Dengan keadaan tempat duduk yang selesa dan perjalanan yang singkat ini dapat menjimatkan tenaga dan masa para jemaah yang akan melaksanakan ibadah umrah dari madinah ke makkah.

Untuk bahagian kelas perniagaan , kedatangan kami disajikan dengan pemandangan dalam train yang mengujakan dengan ruang kerusi yang luas dan bersih , sejurus keberangkatan semua para penumpang akan disajikan dengan doa musafir dan kopi arab dan sebutir kurma sukkari , seterusnya dihidangkan dengan pencuci mulut berupa sandwich kek, teh atau kopi sebagai pengalas perut dalam perjalanan.

Alhamdulillah keadaan tempat duduk yang agak selesa menyebabkan mata terbuai , dengan pandangan menghadap ke arah cermin melihat pemandangan padang pasir diluar.Bagi yang mempunyai masalah asyik ke bilik air , jangan bimbang , bilik air yang luas , dan bersih disediakan didalam train ini bisnes class.

Moga dengan kemudahan ini dapat melancarkan perjalanan pengunjung bumi haramain.Moga Allah bagi kebaikan para khadam haramain ( penjaga dua tanah suci ) atas usaha memudahkan para tetamu Allah.”

Kredit:

ZA Dates & Souvenirs
Qusyairie Ruslan
Sahabat Haramain

Web utk booking : www.hhr.sa