cinta nabi

Khas Buat Anda Yang Mencintai Nabi!

‘Tidak sempurna Iman seseorang Muslim melainkan dia mencintai Rasullullah SAW melebihi keluarganya dan dirinya (segalanya)…

2,985 Views in
Content AuthorCommunity ModeratorVerified UserYears Of MembershipStory MakerList MakerUp/Down VoterGallery Maker

Jika engkau benar-benar mencintai Nabi,

Akan engkau turuti segala jejak Al-Amin,

Walau terpaksa berlaut dugaan,

Untuk menekuni sirah yang panjang,

Sirah seorang insan yang agung.

Jika engkau benar-benar mencintai Nabi,

Engkau pasti akur dengan jalan Nabi

Tiadanya ibadah dengan hawa nafsu,

Kerana jalan itu sudah terbentang,

Di bawah tunjuk ajar baginda.

Jika engkau benar-benar mencintai Nabi,

Engkau pasti jadi insan berguna,

Memanfaat segala keharusan yang ada,

Menerajui dunia dengan inovasimu,

Agar semua takjub dengan agamamu.

Jika engkau benar-benar mencintai Nabi,

Hentikanlah segala khabar dustamu,

Tentang kalam-kalam Abul Qasim,

Yang engkau mudah sandarkannya,

Walhal ia adalah satu pengkhianatan.

Jika engkau benar-benar mencintai Nabi,

Ingatanmu bukannya semusim,

Semusim yang penuh hipokrit dusta,

Kemudian kau lalai dan leka,

Kerana kau hanya mengadatkan cinta Nabi.

Jika engkau benar-benar mencintai Nabi,

Bukan sekadar alunan ‘ya habib’,

Dalam bait syair yang mempersona,

Tapi menterjemah kalam dalam lembaran,

Tepada sahsiah seorang umat Nabi.

Jika engkau benar-benar mencintai Nabi,

Jadilah engkau seorang pencinta Nabi.