Sumber Google

Kafir Tidak Solat Jumaat 3 Kali

Dengarkan Penjelasan Oranf Arif Dalam Bidang Ini

98 Views in , , , , ,
Story MakerCommunity ModeratorVerified UserContent AuthorQuiz MakerYears Of MembershipList Maker

View this post on Instagram

Dulu kat sekolah ustazah kata boleh murtad.

A post shared by ML Studios (@mlstudiosmy) on

HUKUM MENINGGALKAN SOLAT JUMAAT 3 KALI BERTURUT-TURUT (KERANA DARURAT COVID 19)

Apakah hukum meninggalkan solat Jum’at 3 kali berturut-turut ketika PKP sekarang ini?

Solat jumaat adalah perkara yang wajib bagi setiap Muslim mukallaf seperti yang diperintahkan dalam al-Quran,  Surah al-Jumaah,ayat 9.

‎يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِذَا نُودِيَ لِلصَّلَاةِ مِن يَوْمِ الْجُمُعَةِ فَاسْعَوْا إِلَىٰ ذِكْرِ اللَّـهِ وَذَرُوا الْبَيْعَ ۚ ذَٰلِكُمْ خَيْرٌ لَّكُمْ إِن كُنتُمْ تَعْلَمُونَ

Maksudnya : Wahai orang-orang yang beriman apabila diserukan azan untuk mengerjakan sembahyang pada hari Jumaat, maka segeralah kamu pergi (ke masjid) untuk mengingati Allah (dengan mengerjakan sembahyang Jumaat) dan tinggalkanlah berjual-beli (pada saat itu), yang demikian adalah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui (hakikat yang sebenarnya).”

Namun dalam keadaan keuzuran atau darurat seperti ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) disebabkan penyebaran virus covid-19 pada masa ini, harus hukumnya untuk meninggalkan solat jumaat di masjid walaupun sehingga tiga kali. Namun ia perlu digantikan dengan solat zuhur di rumah.

Hal ini berdasarkan kaedah الضرورات تبيح المحظورات  (keadaan yang sempit membolehkan perkara-pekara yang dilarang).

Dalam hal ini, Hadis Nabi yang diriwayatkan oleh Ibn Abbas ra,  Rasulullah saw bersabda :

‎مَنْ سَمِعَ النِّدَاءَ فَلَمْ يَأْتِهِ فَلاَ صَلاَةَ لَهُ إِلاَّ مِنْ عُذْرٍ

قالوا : يا رسول الله ، وما العذر ؟ قال : خوف أو مرض .

(رواه أبو داود ) .

Maksudnya : Sesiapa yang mendengar seruan azan kemudian tidak mendatanginya (pergi ke masjid) maka tidak sempurna solatnya, melainkan disebabkan keuzuran. Mereka (para sahabat) bertanya ; “Wahai  Rasulullah, apakah keuzuran itu?” Baginda menjawab, “Ketakutan/kebimbangan atau penyakit”

Dalam keadaan wabak covid-19 yang sedang melanda negara pada hari ini perkumpulan seperti solat jumaat di masjid bakal membawa kemudaratan serius yang boleh membawa kepada kehilangan nyawa.

Jabatan Mufti Kerajaan Negeri, Negeri Sembilan Darul Khusus

Sumber : ML Studios