Apakah Makna Disebalik ‘Hamsa’,’The Eye of Horus’ dan kaitannya dengan Penyakit Al-‘Ain?

Kupasan bernas bakal graduan bidang kedoktoran Al-Azhar Mesir

646 Views in
Years Of MembershipCommunity ModeratorUp/Down VoterVerified UserContent AuthorStory MakerList MakerPoll Maker

Benda ini memang banyak dapat dilihat bergantungan di Mesir sini. Tetapi ia bukan simbol illuminati. Ia cuma digunakan sebagai simbol perlindungan di sini.

Ada banyak pendapat di sebalik mereka yang menggunakannya.

Ada yang mengaitkannya untuk perlindungan daripada ‘The Evil Eye’. Mata jahat yang dipercayai boleh dilindungi dengan simbol ‘Eye of Horus’, simbol mata dewa daripada riwayat purba Mesir yang melambangkan simbol perlindungan, simbol rezeki & simbol kesihatan.

Terkadang simbol mata ini akan disekalikan dengan simbol tapak tangan dalam satu simbol yang sama. ‘Hand of Fatima’ (Dikaitkan dengan Saidatina Fatimah RA). Yang terkadang disebut juga sebagai ‘Khamsa (خمسة)’. Yang bermaksud ‘Lima (Simbol 5 jari)’.

Bagi mereka yang inginkan perlindungan dengan berpegang kepada simbol-simbol ini semata-mata, ia boleh membawa kepada amalan syirik kecil (syirik khafi) mahupun khurafat secara tersembunyi.

Kerana hakikat perlindungan sebenar kita adalah daripada Allah SWT, Tuhan Yang Maha Melindung lagi Maha Memelihara.

Namun ada juga pendapat yang mengaitkan simbol mata di sini dengan penyakit ‘ain yang agak berbahaya.

Lantas mereka akan sertakan sekali pelekat-pelekat lain seperti sticker “Allahu-Akbar”, “Subhanallah, “Alhamdulillah”, dan berbagai-bagai sticker zikir yang lain lagi.

Kerana bagi mereka yang ada sedikit pendidikan Islam, benda ini akan mengingatkan kita kepada ‘Penyakit ‘Ain (Penyakit Mata Yang Hasad)’.

Penyakit yang tersebar melalui pandangan mata ini ada disebutkan dalam hadis Nabi SAW,

إِذَا رَأَى أَحَدُكُمْ مِنْ أَخِيهِ، أَوْ مِنْ نَفْسِهِ، أَوْ مِنْ مَالِهِ مَا يُعْجِبُهُ، فَلْيُبَرِّكْهُ فَإِنَّ الْعَيْنَ حَقٌّ

“Apabila salah seorang daripada kamu melihat sesuatu yang menakjubkan (atau mengagumkan) pada saudaranya atau dirinya atau pada hartanya, maka doakanlah keberkatan kepadanya (kepada apa yang dilihatnya itu), kerana sesungguhnya (penyakit) al-‘Ain itu memang wujud.”

Ia tersebar melalui pandangan mata manusia yang kagum, ataupun dengki, mahupun tersangat gembira dengan apa yang dilihatnya.

Sebab itu dalam surah Kahfi ada disebutkan,

وَلَوْلَا إِذْ دَخَلْتَ جَنَّتَكَ قُلْتَ مَا شَاءَ اللَّهُ لَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللَّهِ

“Dan mengapa ketika engkau memasuki kebunmu itu engkau tidak mengatakan (dengan ucapan), “Masya-Allah, laa quwwata illa billah (Atas kehendak Allah lah semua ini tercipta, tiada kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah).” (Surah Al-Kahfi, 18: 39)

Sehinggakan sebahagian Salaf RA mengatakan:

“Barangsiapa yang merasa kagum/takjub terhadap sesuatu keadaan atau urusan, atau hartanya, atau anak keturunannya, maka hendaklah dia mengatakan,

مَا شَاءَ اللَّهُ لَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللَّهِ

(Masya-Allah, laa quwwata illaa billaah)

“Atas kehendak Allah lah semua ini tercipta, tiada kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah.”

Penyakit ‘Ain ini memang wujud. Dan ia berlegar di sekeliling kita tanpa kita sendiri perasan.

Sebab itu penting untuk sentiasa membiasakan mulut kita dengan zikir-zikir kepada Allah SWT (zikrullah) apabila terlihat sesuatu yang comel mahupun cantik.

Baby yang comel. Perempuan yang cantik. Lelaki yang hensem. Family yang mewah. Kerana terkadang mata yang tajam mampu menghiris sesuatu yang dilihat.

Supaya kelak kita sendiri tidak menyampaikan penyakit ‘Ain ini kepada orang lain tanpa kita sendiri sedari.

Kesimpulan

  1. Hamsa merupakan tangkal azimat perlindungan diri, keluarga dan harta masyarakat  di tanah  arab terutama Mesir
  2. Sebahagian bangsa arab mentafsir ‘hamsa’ sebagai tangan Saidatina Fatima R.A
  3. Ajaran Islam melarang keras umatnya yang memiliki, menyimpan dan berpegang pada tangkal sebagai pelindung diri kerana telah berlaku syirik kecil
  4. Penyakit ‘Ain atau penyakit mata mendatangkan pelbagai maksiat dan dosa terutama jejaka
  5. Justeru Baginda S.A.W berpesan kepada umatnya berdoa pada saudaranya jika melihat sesuatu yang menakjubkan berlaku keatasnya
  6. Ucaplah مَا شَاءَ اللَّهُ لَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللَّهِ jika anda berasa kagum akan sesuatu perkara
  7. Agar Zikrullah menjadi pemanis mulut kita di dunia dan juga di akhirat kelak Insyallah

Artikel ditulis oleh: Amirul Azmeer Azmadi