Cara Bayar Fidyah Online Menggunakan Maybank2u

2,449 Views in ,
Years Of Membership

CARA BAYAR FIDYAH ONLINE MENGGUNAKAN MAYBANK2U

1. Tetapkan tempat (negeri) anda

Ini kerana, kadar bayaran fidyah berubah mengikut harga yang ditetapkan oleh pemerintah di sesuatu tempat. Rujuk laman web Pejabat Agama Negeri untuk mendapatkan nilai secupak beras.

Secara umumnya, kadar bayaran fidyah bagi satu hari puasa yang ditinggalkan ialah satu cupak beras. Nilai secupak beras ini akan ditukarkan dalam bentuk Ringgit Malaysia. Ia boleh berubah mengikut tahun. (Tapi, nilai perbezaan antara negeri dan perubahan mengikut ini tidaklah banyak.)

2. Buat kiraan

Contohnya, MAIWP menetapkan sehingga tahun 2012, secupak beras bersamaan dengan 567.5 gram dinilai dengan kadar RM1.75.

Maka, Jika seseorang meninggalkan puasa selama 3 hari dan tidak menggantikan puasanya sehingga 3 kali bulan Ramadhan, maka kadar fidyahnya ialah:

RM1.75 (1 cupak) x 3 hari x 3 tahun = RM15.75.

3. Buat bayaran

Bayar fidyah tunai – boleh dibuat di pejabat agama atau pejabat zakat negeri atau melalui wang pos.

Bayar fidyah online –  melalui e-zakat negeri masing-masing seperti e-zakat Selangor, e-zakat Penang, laman web Pejabat Agama & Majlis Agama, Maybank2U

Contohnya kalau anda gunakan Maybank2U:

i) Klik ‘Bill Payment’ 

ii) Klik ‘Zakat & Charity’ 

iii) Pilih Pusat Pungutan Zakat / Fidyah Negeri masing-masing

iv) Pilih ‘Fidyah’

v)  Buat bayaran mengikut jumlah yang anda kira tadi

Tapi, ia bergantung juga kepada jenis bank atau negeri. Mungkin sesetengah negeri tidak mengaktifkan akaun mereka untuk bayar fidyah online.

Selamat mengganti puasa dan membayar fidyah!

Sumber: Laman Web SirapLimau & Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan