Apakah Itu Kemanisan Iman Dan Bagaimana Hendak Mendapatkannya?

Kemanisan Iman Itu Seharusnya Dirasa Oleh Setiap Muslim

988 Views in
Story MakerCommunity ModeratorVerified UserContent AuthorQuiz MakerYears Of MembershipList Maker

Nikmat Kemanisan Iman

عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ ثَلَاثٌ مَنْ كُنَّ فِيهِ وَجَدَ حَلَاوَةَ الْإِيمَانِ مَنْ كَانَ اللَّهُ وَرَسُولُهُ أَحَبَّ إِلَيْهِ مِمَّا سِوَاهُمَا وَمَنْ أَحَبَّ عَبْدًا لَا يُحِبُّهُ إِلَّا لِلَّهِ عَزَّ وَجَلَّ وَمَنْ يَكْرَهُ أَنْ يَعُودَ فِي الْكُفْرِ بَعْدَ إِذْ أَنْقَذَهُ اللَّهُ مِنْهُ كَمَا يَكْرَهُ أَنْ يُلْقَى فِي النَّارِ

Dari Anas bin Malik dari Nabi SAW bersabda: Ada tiga perkara, barangsiapa melaksanakan ketiga-tiganya nescaya ia akan mendapat kemanisan iman: Orang yang cinta kepada Allah dan Rasul-Nya melebihi cintanya kepada yang lain dari selain keduanya, orang yang mencintai orang lain kerana Allah semata-mata dan orang yang benci untuk kembali kepada kekufuran selepas Allah melepaskannya daripada belenggu kekufuran sama dengan bencinya jika dilempar ke neraka”.*_ (HR Bukhari No: 20) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

  1.  Setiap Muslim perlu berusaha mendapat kemanisan iman dengan membenarkan kecintaannya kepada Allah dan Rasul melalui hati, mengakui dengan lisan dan diterjemahkan melalui amalan seharian.
  2.  Tiga perkara yang perlu dilaksanakan seorang Muslim untuk mendapat kemanisan iman:
  3.  Mencintai Allah dan Rasul melebihi cintanya kepada yang lain. Ianya dilakukan dengan melaksanakan perintah dan menjauhi larangan dengan bersungguh-sungguh.
  4.  Mencintai dan mengasihi orang Islam yang lain kerana Allah semata-mata. Berusaha menjaga kewajipan ukhuwah sama seperti menjaga kewajipan solat dan puasa.
  5.  Benci untuk kembali kepada kekufuran selepas beriman seperti bencinya jika dia dilempar ke neraka.
  6.  Beriman kepada Allah dan Rasul merupakan asas paling penting dalam kehidupan seorang Muslim.
  7.  Islam adalah agama perpaduan. Menjadi kewajipan setiap Muslim mewujudkan suasana mahabbah, kasih sayang serta saling tolong menolong dalam suasana rahmah serta menjauhi permusuhan.
  8.  Islam menyeru umatnya agar menjaga iman dan menjauhi perkara dosa dan maksiat yang boleh menghumbankan ke neraka.

Pertubuhan IKRAM Malaysia Negeri Johor

18hb Oktober 2018
09hb Safar 1440

Kredit: Dato’ Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah