Al-Quran Dituduh Meniru 70% Isi Kandungan Bible

Al-Quran Kitab Cetak Rompak – Clement Chin Siri 1

961 Views in , ,
Embed MakerStory MakerYears Of Membership

Menolak dakwaan Al-Qur’an adalah sebuah kitab cetak rompak dan 70% isi kadungan Al-Qur’an diceduk/ditiru daripada cerita-cerita lama yang ada sebelum kewujudan Islam.

Bahagian 1

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum dan selamat datang kepada para pembaca inigin ucapkan. Penulis ingin mengucapkan tahniah kepada para pembaca kerana memilih artikel ini untuk dibaca. Penulis ingin menyatakan kepada pembaca-pembaca bahawa ini adalah dakwaan lama bagi “missionary christian”. Sudah sekian lama mereka mendakwa Al-Quran ditiru daripada Bible.

Tapi, apa yang menariknya, dakwaan ini telah pun dijawab oleh para agamawan kita, tetapi malangnya, para “missionary christian” tetap menggunakan hujjah yang sudah luput tarikhnya dengan harapan untuk memerangkap dan menangkap mereka yang kurang berpengetahuan.

Jawapan kepada dakwaan “Quran Kitab Cetak Rompak Atau Ditiru”.

1. Tiada bukti bahawa Al-Qur’an ialah kitab cetak rompak atau ditiru.

Apabila kita mendegar dakwaan seperti ini dibuat, kita sebagai pembaca perlu meneliti sebelum rasa teruja untuk menyebarkan atau rasa gentar. Langkah yang patut diambil ialah meminta bukti daripada mereka yang mendakwa bahawa Al-Quran adalah tiruan daripada cerita-cerita yang wujud sebelum islam bersama ditiru dari siapa atau dari apa. Ini disebabkan sepanjang pengetahuan penulis, selepas diminta bukti, tidak ada bukti pun dikeluarkan untuk menyokong dakwaan tersebut.

2. Islam adalah Agama sekalian para Nabi dan Rasul. 

Para pembaca perlu mengetahui bahawa Islam, bukanlah agama yang hanya dibawa oleh Nabi Muhammad. Agama Islam juga telah dibawa oleh para Rasul terdahulu. Jadi ia tidak pelik jika ada persamaan antara Al-Quran dan Kitab-Kitab terdahulu. Ini bukan menunjukkan bahawa Al-Quran itu ditiru. Ini menunjukkan bahawa Al-Quran mempunyai sumber yang sama dengan Kitab-Kitab terdahulu iaitu daripada Allah. Penulis ibaratkan seorang guru yang memberi murid-muridnya nota yang sama iaitu 1+1=2. Maka, ia adalah kenyataan yang kurang masuk akal untuk menyatakan para murid saling meniru antara satu sama lain sedangkan nota itu diberi oleh guru mereka. Tapi adakah wujudkah Kitab-Kitab terdahulu yang tulen? Jawapannya tidak. Semuanya telah diseleweng. Hanya Al-Quran Kitab yang benar.

3. Nabi Muhammad SAW adalah seorang yang Ummi

Ummi bermaksud tidak tahu membaca dan menulis. Maklum diketahui oleh Muslim dan para sejarawan hatta sejarawan Barat iaitu Nabi Muhammad tidak tahu membaca mahupun menulis. Mustahil bagi orang yang ummi untuk meniru cerita-cerita yang wujud sebelum penurunan wahyu kepada Nabi Muhammad.

Penulis berhenti setakat ini untuk bahagian 1 dalam membalas kembali hujjah yang dibuat oleh Clement Chin. Akan disambung di tulisan yang seterusnya إن شاء الله.

Kitab Bible Tidak Wujud Semasa Zaman Rasulullah SAW?