Adakah Allah Menerima Ramadhan Kita Setelah Ia Berlalu?

Inilah di antara petanda ibadah kita diterima Allah SWT

149 Views in
Years Of MembershipCommunity ModeratorUp/Down VoterVerified UserContent AuthorStory MakerList MakerPoll Maker

Sekilas pandang bulan Ramadhan perlahan-lahan tiba ke penghujungnya, persoalan yang akan timbul sebahagian besar daripada kita mungkin berfikir sekarang “Bagaimana aku tahu jika Ramadan aku telah diterima oleh Allah?”.

Tiada cara yang dijamin 100% peratus untuk kita menyatakan betapa banyak ibadah kita diterima, tetapi terdapat beberapa tanda dan petunjuk yang dapat membantu kita mengetahuinya.

Kunci utamanya adalah Istiqamah. 

Dalam erti kata lain, jika kita dapat meneruskan amal dan ibadah yang telah kita laksanakan dalam bulan Ramadan dengan baik selepas bulan ini – itu akan menjadi petanda utama bahawa amalan kita diterima.

Puasa

Sebagai contoh, perbuatan yang paling jelas yang kita lakukan pada bulan ini adalah puasa. Oleh itu, petunjuk utama bahawa puasa kita diterima adalah melihat sejauh mana kita dapat meneruskan ibadah puasa sepanjang tahun ini, walaupun hanya beberapa hari dalam sebulan.

terdapat sebuah hadis yang menyatakan bahawa Nabi Muhammad SWT menggalakkan kita untuk berpuasa 6 hari di bulan Syawal, iaitu sebulan selepas bulan Ramadan, supaya kita mendapat pahala banyaknya umpama puasa sepanjang tahun.

Qiamullail

Sembahyang Malam adalah contoh lain. Jika pada bulan Ramadan, kita berhempas pulas menunaikan Taraweeh setiap malam dan mengunjungi masjid setiap hari, petunjuk utama bahawa solat sunat taraweeh diterima adalah untuk berapa banyak solat malam kita akan diteruskan selepas Ramadan, walaupun ia hanya sekadar dua tambahan rakaat satu malam sekurang-sekurangnya. 

Tilawah Dan Tadarus

Sudah sedia kita maklum mengenai Ramadan sebagai bulan al-Quran, petunjuk utama tilawah Al-Quran anda diterima, terdapat dalam keupayaan anda untuk mengekalkan hubungan yang rapat dengan al-Quran dengan baik selepas bulan Ramadan.

Pengajaran

Ramadan pastinya bukan garisan penamat, dan Tuhan di bulan Ramadhan, adalah Tuhan yang sama pada setiap masa. Perbuatan yang kita tunaikan hari ini tidak akan berakhir esok.

Dalam hadis yang Indah, Nabi Muhammad mengajar kita bahawa jika hari yang akan datang, bermakna hari terakhir(kiamat), dan di tangan kita ada sebiji benih, dan kita mempunyai kemampuan untuk menanamnya, maka kita perlu tanam. Hadis ini adalah satu tanda yang jelas bahawa kerja seorang muslim tidak boleh berakhir sehingga akhir zaman.

Baca: Hikmah Ramadan ; Bukti Cinta Dan Kasih Sayang Allah

Amal dan Ibadah kita tidak akan berakhir dengan penutupan Ramadhan. Kita mesti meneruskan dan ‘istiqamah’ amal kita, inilah kejayaan Ramadhan kita yang sebenar.

Dalam sebuah hadis, Nabi Muhammad SWT menasihati salah seorang sahabat baginda dengan nasihat yang ringkas tetapi sangat dalam maknanya,
“قل أمنت بالله ثم استقم”.
“Katakanlah saya beriman kepada Allah dan kemudian tetap teguh”. Berpegang teguhlah terhadap Amal Ibadah engkau laksanakan selepas dari bulan ini dan jangan biarkan penghujung Ramadan menandakan berakhirnya ibadah engkau, sebaliknya sebuah permulaan yang baru.

Sumber : Onepathnetwork.com