gay pride

Acara ‘Gay Pride’ Di Amerika Syarikat- Apakah Pandangan Islam?

632 Views in
Story MakerYears Of Membership

Tibanya kita di bulan Ogos, terdapat satu acara yang disambut setiap tahun oleh segelintir masyarakat iaiti Acara ‘Gay Pride’.

Bulan rasmi yang diuarkan oleh Amerika Syarikat acara ‘Gay Pride’ adalah pada bulan Jun setiap tahun, tetapi hampir seluruh dunia menyambut acara ‘Gay Pride’ pada bulan Ogos. Dari St. Louis Black ke Gay Pride Moscow, di mana sahaja kamu berada pada bulan ini, kamu pasti akan jumpa sambutan oleh komuniti LGBTQ.

Tambahan lagi, hampir seluruh dunia menerima kewujudan komuniti LGBTQ, dan mereka prihatin bahawa masih ada beberapa negara masih mengambil homoseksual adalah satu jenayah. Walaubagaimanapun, kalau kamu berada di bandar-bandar Eropah, Kanada dan Amerika Syarikat, kamu tidak akan menghadapi sebarang isu dan masalah untuk menyambut acara ini.

Menurut seorang peserta Acara ‘Gay Pride’, atas alasan mereka mengadakan acara ini adalah untuk menunjukkan mereka wujud dan berhenti mensisihkan mereka. Mereka berpendapat bahawa ini adalah satu fitrah yang wujud dalam diri mereka yang dunia perlu tahu dan terima kewujudan mereka sebagai seorang manusia.

Dan ada juga di kalangan mereka memberi contoh :-

1998: Semua perkara yang kami benci adalah ‘gay’.2008: Mungkin kita patut berhenti panggil mereka ‘gay’.2018: Semua perkara adalah ‘gay’, tetapi kali ini dalam konsep positif.

Tetapi Allah S.W.T telah mengharamkan perbuatan jijik ini dalam Al-Quran dan Nabi Muhammad S.A.W telah melaknat dalam Hadis.

1.Allah Ta’ala berfirman bahawa pelaku sodomi adalah satu perbuatan yang sangat hina dan menjijikkan.

{وَلُوطًا إِذْ قَالَ لِقَوْمِهِ أَتَأْتُونَ الْفَاحِشَةَ مَا سَبَقَكُمْ بِهَا مِنْ أَحَدٍ مِنَ الْعَالَمِينَ}

Dan (Kami juga telah mengutus Nabi) Luth (kepada kaumnya). (Ingatlah) tatkala dia berkata kepada mereka: “Mengapa kalian mengerjakan perbuatan yang sangat hina itu, yang belum pernah dilakukan oleh seorangpun (di dunia ini) sebelum kalian?” [Al-A’raaf: 80].

2. Tuhan juga telah berfirman bahawa perbuatan mereka amatlah melampaui batas.

{إِنَّكُمْ لَتَأْتُونَ الرِّجَالَ شَهْوَةً مِنْ دُونِ النِّسَاءِ ۚ بَلْ أَنْتُمْ قَوْمٌ مُسْرِفُونَ}

Sesungguhnya kalian mendatangi lelaki untuk melepaskan nafsu kalian (kepada mereka), bukan kepada wanita, malah kalian ini adalah kaum yang melampaui batas[Al-A’raaf: 81

3.Mereka juga disebutkan sebagai kaum perosak.

{قَالَ رَبِّ انْصُرْنِي عَلَى الْقَوْمِ الْمُفْسِدِينَ}

(Nabi) Luth berdoa: “Ya Tuhanku, tolonglah aku (dengan menimpakan adzab) atas kaum yang berbuat kerusakan itu”. [Al-‘Ankabuut: 30]

4.Sabda Rasulullah S.A.W yang menyatakan bahawa perlakuan ‘gay’ itu dilaknat.

لَعَنَ اللَّهُ مَنْ عَمِلَ عَمَلَ قَوْمِ لُوطٍ ، لَعَنَ اللَّهُ مَنْ عَمِلَ عَمَلَ قَوْمِ لُوطٍ ، ثَلاثًا)

Allah melaknat siapa saja yang berbuat seperti perbuatan kaum Nabi Luth. Allah melaknat siapa saja yang berbuat seperti perbuatan kaum Nabi Luth, beliau sampaikan sampai tiga kali ”. [Dihasankan Syaikh Syu’aib Al-Arna`uth].

5.Dan Allah S.W.T telah memberi amaran kepada mereka perlakuan merekan akan diseksa dengan seksaan yang sangat mengerikan.

Dalam QS. Al-Hijr: 73-75, Allah Ta’ala mengkabarkan tentang adzab yang ditimpakan kepada kaum Nabi Luth ‘alaihis salam , yaitu berupa siksaan yang sangat mengerikan,

{فَأَخَذَتْهُمُ الصَّيْحَةُ مُشْرِقِينَ}

(73) Maka mereka dibinasakan oleh suara keras yang mengguntur, ketika matahari akan terbit.

{فَجَعَلْنَا عَالِيَهَا سَافِلَهَا وَأَمْطَرْنَا عَلَيْهِمْ حِجَارَةً مِنْ سِجِّيلٍ}

(74) Maka Kami jadikan bagian atas kota itu terbalik ke bawah dan Kami hujani mereka dengan batu dari tanah yang keras.

{إِنَّ فِي ذَٰلِكَ لَآيَاتٍ لِلْمُتَوَسِّمِينَ }

(75) Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda (kekuasaan Allah) bagi orang-orang yang memperhatikan tanda-tanda.

Sebagai kesimpulan, perbuatan sodomi ataupun ‘gay’, adalah satu bentuk jenayah yang paling berat dan termasuk dosa yang paling menjijikkan serta salah satu dosa besar, sehingga Allah pun menyiksa pelakunya dengan seksaan yang tidak ditimpakan kepada umat manapun.

Sodomi merupakan penyakit yang menyimpang dari fitrah yang lurus, menunjukkan ketidakwarasan akal pelakunya, lemah keimanannya dan dimurkan Allah Ta’ala.

Anda mungkin boleh rujuk…

Menjawab Isu LGBT, Kali Ini Giliran Tukang Ceramah Budak Sekolah Pula Ceramah Marina Mahathir