in

Hubungan Malaysia-Korea Selatan memasuki fasa baharu

Years Of MembershipCommunity ModeratorVerified UserUp/Down VoterContent AuthorQuiz MakerPoll MakerStory MakerImage MakerAudio MakerVideo MakerGallery MakerEmbed MakerList MakerMeme MakerEmoji Addict

SEOUL: Hubungan Malaysia-Korea Selatan yang bertambah kukuh sejak beberapa tahun sebelum ini telah memasuki satu fasa yang menarik selepas kerajaan Malaysia sekarang ini memulakan kembali Dasar Pandang Ke Timur.

Kuasa Usaha Kedutaan Malaysia di Korea Selatan, Shaharuddin Onn menyatakan bahawa Malaysia memandang Korea Selatan sebagai rakan terpenting bukan sahaja pada peringkat dua hala, tetapi juga pada peringkat serantau termasuk menjadi rakan kongsi dialog ASEAN + 3.

Pada 2017, Korea Selatan merupakan sumber terbesar ke-13 bagi pelaburan langsung asing dan pelabur keenam terbesar dalam sektor pembuatan di Malaysia, katanya ketika ditemui Bernama di pejabat beliau hari ini.

Sehingga Disember 2017, pelaburan Korea Selatan merangkumi sejumlah 359 projek pembuatan bernilai AS$18.5 bilion.

Projek dan pelaburan dari Korea Selatan telah mewujudkan sebanyak 51,000 peluang pekerjaan untuk rakyat Malaysia dan sejak Januari hingga Mac 2018, tiga projek pelaburan yang bernilai AS$41.2 juta dari Korea Selatan telah mencipta lebih 200 peluang pekerjaan.

Di bawah kerajaan baharu Malaysia yang mula berkuasa selepas pilihan raya umum ke-14 pada Mei tahun ini, hubungan di antara kedua-dua negara dijangka akan menjadi lebih kukuh. Hubungan tersebut akan dimantapkan lagi dengan 20 perjanjian membabitkan kerajaan dengan kerajaan termasuk MoU dalam pelbagai peringkat.

Beliau ketika ditanya bagaimana rakyat Korea Selatan melihat perubahan dalam landskap politik Malaysia, berkata mereka melihat kerajaan baharu ini sebagai lebih positif dan yakin bahawa Malaysia akan mencatatkan kejayaan yang lebih banyak pada masa hadapan.

Di sisi lain, beliau memberitahu Dasar Selatan Baharu yang dilancarkan oleh Presiden Korea Selatan Moon Jae-in dijangka akan meningkatkan lagi kerjasama ekonomi dan diplomatik antara kedua-dua negara.

Ia juga berfungsi sebagai platform terbaik untuk melonjakkan hubungan Korea Selatan-Malaysia ke tahap yang lebih tinggi.

Shaharuddin juga menyatakan selain daripada diplomasi, perdagangan dan pelaburan, pertukaran membabitkan individu juga diberi keutamaan.

Tahun ini, di bawah Program Pertukaran Guru Korea-Malaysia, 10 guru-guru bahasa dari Korea Selatan telah dihantar ke Malaysia dan sebaliknya.

Katanya, pertukaran individu ini juga merangkumi hubungan pelancongan, di mana sejumlah 307,642 rakyat Malaysia telah melawat Korea Selatan dan seramai 484,528 pelancong Korea telah bercuti ke Malaysia.

Selain itu, lebih daripada 15,000 rakyat Korea Selatan telah mengambil bahagian dalam program inap desa di Malaysia.

Salah satu tarikan utama Korea Selatan bagi rakyat Malaysia adalah Gelombang K, penyebaran global budaya Korea Selatan sejak 1990-an yang meliputi K-Pop. Gelombang K bukan sahaja memperkenalkan sensasi muzik Korea, drama bersiri dan beberapa kandungan hiburan lain tetapi ia juga mempromosikan produk-produk yang dipakai oleh selebriti Korea Selatan.

Sehingga Julai 2017, kira-kira 1,400 rakyat Korea telah menjadikan Malaysia sebagai rumah kedua mereka di bawah program Malaysia My Second Home, katanya, sambil menambah bahawa ini mencerminkan satu lagi pandangan Korea ke atas Malaysia yang amat positif.

Shaharuddin telah ditemui oleh tiga anggota media Bernama yang sedang dalam program lawatan seminggu ke Korea Selatan atas jemputan Perkhidmatan Maklumat dan Kebudayaan Korea (KOCIS). — Bernama




  • What do you think?

    11 points
    Upvote Downvote