in

Golongan miskin bandar kurang ambil makanan berkhasiat – Penganalisis

Years Of MembershipCommunity ModeratorVerified UserUp/Down VoterContent AuthorQuiz MakerPoll MakerStory MakerImage MakerAudio MakerVideo MakerGallery MakerEmbed MakerList MakerMeme MakerEmoji Addict

KUALA LUMPUR: Penyediaan makanan berkhasiat bukan satu keutamaan bagi golongan berpendapatan rendah, terutamanya bagi golongan yang tinggal di kawasan bandar.

Penganalisis ekonomi bebas Dr Madeline Berma berkata walaupun dengan pendapatan yang rendah, kebanyakan keluarga di kawasan bandar masih berupaya menyediakan makanan kepada keluarga,

Begitupun, tahap kualiti zat-zat makanan yang disediakan adalah bukan satu keutamaan bagi golongan berkenaan.

“Selalunya mereka akan mengorbankan pembelian makanan berkhasiat dan menggantikannya dengan makanan yang lebih murah.

“Di situlah mereka akan mengorbankan faktor khasiat makanan itu seperti bijirin, protein, dan buah-buahan,” jelas Dr Madeline kepada Astro AWANI.

Selain itu, golongan miskin bandar juga lebih cenderung membeli makanan berdasarkan kepada harga dan lokasi kedai yang berdekatan dengan kawasan tempat tinggal mereka, memandangkan golongan berkenaan amat mengambil kira faktor kos pengangkutan.

Tambahnya, kecenderungan kanak-kanak terhadap makanan ringan juga turut memburukkan keadaan.

Dr Madeline memberi reaksi terhadap cadangan penubuhan Pelan Hala Tuju Pelan Kebajikan Kanak-Kanak yang diumumkan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang juga menyandang jawatan Menteri Wanita dan Pembangunan Keluarga.

Laporan Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) yang melibatkan tinjuan terhadap kanak-kanak di projek perumahan rakyat (PPR) sekitar Kuala Lumpur mendapati sekitar 15 peratus kanak-kanak bawah umur lima tahun mengalami masalah kekurangan berat badan.

Sementara itu, sebanyak 22 peratus lagi mengalami tumbesaran terbantut daripada kalangan kanak-kanak di PPR dan ini merupakan dua kali ganda lebih tinggi berbanding kes serupa di seluruh Kuala Lumpur.

BACA: 12 sekeluarga kongsi satu tin sardin dek kemiskinan