in

Go-Jek ke Asia Tenggara

Content AuthorYears Of MembershipCommunity ModeratorVerified UserUp/Down VoterQuiz MakerPoll MakerStory MakerImage MakerAudio MakerVideo MakerGallery MakerEmbed MakerList MakerMeme MakerEmoji Addict

Syarikat platform perkhidmatan e-panggilan Indonesia bakal saingi Grab

JAKARTA – Syarikat platform perkhidmatan e-panggilan teksi motosikal di Indonesia, Go-Jek berkata pihaknya merancang memperluaskan operasi ke Vietnam, Thailand, Singapura dan Fili­pina.

Tindakan tersebut dikatakan bakal menyaingi Grab dalam pasaran Asia Tenggara yang kini berkembang semakin pesat.

Langkah itu menandakan pengembangan pertama Go-Jek di luar Indonesia selepas Uber yang berpangkalan di Amerika Syarikat berkata, pihaknya akan menjual perniagaannya di rantau itu kepada Grab Singapura.

Go-Jek turut beroperasi sebagai kereta persendirian dan beberapa perkhidmatan lain termasuk khidmat urutan, membersihkan rumah, membeli-belah di kedai runcit dan penghantaran makanan.

Kesemua itu boleh didapati hanya di hujung jari melalui aplikasi.

Syarikat itu berkata, pihak­nya akan melabur AS$500 juta (RM1.9 bilion) untuk mengembangkan perniagaan ke peringkat antarabangsa dan memulakan perkhidmatan berkenaan dalam beberapa bulan lagi.

Go-Jek mendapat sokongan kewangan daripada beberapa pelabur termasuk enjin carian Google, dana kerajaan Singapura, Temasek dan syarikat gergasi internet China, Tencent.

Pasaran pengendali teksi motosikal itu dijangka akan mencecah AS$20 bilion (RM79 bilion) menjelang tahun 2025, menurut kajian yang dikendalikan Temasek dan Google. 
– AFP