Geram Bos Lebihkan Orang Lain Daripada Anda? Baca Kisah Saudagar Pukau Ini

148 Views 55 Votes in
Years Of MembershipContent Author

Aku nak belah, Mamposlah!
Aku nak berhenti kerja jugak hari ini, tak kiralah!

Apa nak jadi, jadilah!!!! Aku dah tak tahan lagi.

Kata Fendy pada seorang kawan satu ofis.

Aku tak tahan lah, sikit-sikit Izzat, sikit-sikit Izzat.

Aku ni macam takde je kat ofis ni.

Fendy sama jawatan dengan Izzat tapi Bos(Faizul) selalu lebihkan Izzat dari semua segi.

Lalu Fendy pun datang berjumpa bos dan nyatakan hasrat untuk berhenti kerja. Bos boleh merasakan sesuatu yang tak kena disebalik perletakan jawatan Fendy.

Fendy memang jenis yang rajin tapi kurang membawa hasil dalam syarikat.

Lalu bos mintak Fendy sedikit masa untuk fikirkan sedalam-dalamnya. Bos jugak berikan tugasan pada Fendy dalam pada itu.

“Fendy, boleh tak mintak Fendy pergi ke kedai tembikai yang diusahakan oleh Pak Cik Shah di pasar tu dan beli saya sebiji tembikai. Nah ini duitnya.”

Seketika selepas itu Fendy pun kembali dengan sebiji tembikai.

Fendy: Bos ini tembikainya.

Bos: Berapa harga sekilo tembikai ni Fendy?

Fendy: Alamak, lupalah nak tanya bos. Saya beli je, tapi tak pe. Saya pergi tanya kejap.

Lepas setengah jam

Fendy: Bos, sekilo RM3.00 je.

Bos: Fendy mai sini jap. Saya sebenarnya ada benda nak kongsi dengan Fendy.

Fendy: Apa dia bos?

Bos: Fendy, kau tengok apa yang terjadi kalau aku suruh Izzat buat benda yang sama.

Lalu bos mengarah Izzat untuk membeli tembikai dari kedai yang sama. Kali ini bos minta Fendy tunggu, dengar dan lihat, apa yang terjadi sebentar lagi.

Izzat: Bos, ini tembikainya bos.

Bos: Berapa harga sekilo Izzat?

Izzat: Sekilo harganya RM1.50 je bos. Mula-mula saya ke kedai Pak Cik Shah sepertimana yg bos suruh tapi saya dapati tembikainya tak elok, mahal pulak tu.

Pastu saya ke kedai Pakcik Muda, harga asal RM3.00 sekilo. Tawar punya tawar, saya dapat dalam RM1.50 sekilo. Cantik pulak tu, gred AAA.

Kalau bos nak beli banyak, kita boleh cari supplier lain ni. Insyallah boleh dapat harga lagi baik.

Ok bos ya.

Lalu Bos pun menerangkan keadaan yang berlaku pada Fendy mengenai hasrat beliau untuk letak jawatan serta disebalik kisah Izzat tadi.

Fendy termenung lama bila bos perincikan mengenai kejadian ini.

Lalu Fendy pun memohon maaf serta janji untuk berubah selepas ini.

Tuan-tuan dan puan-puan serta sahabat-sahabat di luar sana.

Gambar oleh Kyle Nieber(Unsplash.com)

Apa pengajarannya?

Bagi Pekerja:

1. Cuba lihat balik kenapa sesetengah bos lebihkan sesetengah orang lain. Mungkin sebab dia orang yg MENGUNTUNGKAN syarikat, manakala kita pulak sebaliknya.

2. Tukarkan CEMBURU kepada TANDA ARAS apabila bekerja dalam satu pasukan. Jangan biarkan cemburu bertukar menjadi sakit hati, lalu pergi tanpa mengetahui perkara sebenarnya.

3. Kasih sayang dipejabat bergantung pada RESULT bukannya KERAJINAN sahaja.

Bagi Majikan:

1. Cari pekerja yang disifatkan sebagai T-Shape Worker(googlelah ya).

2. Hati-hati bos diluar sana, pekerja-pekerja kita jenis yg cepat beremosi. Oleh itu kena pandai lah uruskan emosi mereka.

Setakat itu saja dari saya, nama-nama dalam cerita ini tidak ada kena mengena dengan sesiapa, ia hanyalah sekadar nama.

FAIZUL IKHWAN
Saudagar Pukau

Kisah usahawan yang penuh pengajaran ini adalah hasil penulisan tuan Faizul Ikhwan, seorang jururunding profesional dan Neuro Linguistic Programming practitioner yang diiktiraf oleh National Federation of Neurolinguistic Psychology. Untuk mengetahui latar belakang penuh tuan Faizul boleh lihat di sini.

Jangan lupa untuk like page rasmi Trendniaga untuk artikel-artikel menarik sekitar dunia perniagaan, pelaburan dan teknologi global dan setempat.

BACA JUGA:

6 Tips Bisnes Percuma Buat Usahawan Zaman Sekarang

Comments