in

Gara-gara kata-kata kesat, Bung Moktar diberi amaran dan pantun

Years Of MembershipCommunity ModeratorVerified UserUp/Down VoterContent AuthorQuiz MakerPoll MakerStory MakerImage MakerAudio MakerVideo MakerGallery MakerEmbed MakerList MakerMeme MakerEmoji Addict

KUALA LUMPUR: Datuk Bung Moktar Radin (BN-Kinabatangan) diberi amaran keras susulan tindakannya mengeluarkan kata-kata kesat dan berunsur lucah pada persidangan Dewan Rakyat kelmarin.

Amaran yang turut ditujukan kepada semua Ahli Dewan Rakyat itu diberikan oleh Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Mohamad Ariff Md. Yusoff sebelum sesi perbahasan Rang Undang-undang Kastam (Pindaan) 2018 dimulakan dalam sidang pada Khamis.

“Saya ingin menyatakan sekiranya tindakan yang sama diulang, Yang Berhormat Kinabatangan akan dikeluarkan dari dewan yang mulia ini dengan serta-merta untuk satu tempoh diperuntukkan di bawah Peraturan Mesyuarat 44,” ujarnya.

Bagaimanapun, ketika amaran itu disampaikan oleh Mohamad Ariff, Bung Moktar tidak berada di dalam dewan.
Sebelum itu, Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Nga Kor Ming telah memberi peringatan kepada Bung Moktar supaya berada di dalam dewan sebelum sesi soal jawab bermula.

Kor Ming turut menghadiahkan serangkap pantun nukilan pujangga terkenal Indonesia, Hamka kepada Bung Moktar.

“Sila duduk, jangan lari dari dewan kerana Yang Dipertua Dewan Rakyat akan keluarkan petua nanti,” katanya.

Tegak rumah kerana sendi,
Runtuh sendi rumah binasa,
Sendi bangsa ialah budi,
Runtuh budi runtuhlah bangsa.




  • What do you think?

    0 points
    Upvote Downvote