in

Felda tubuh jawatankuasa perundingan baharu tangani projek KLVC

Content AuthorYears Of MembershipCommunity ModeratorVerified UserUp/Down VoterQuiz MakerPoll MakerStory MakerImage MakerAudio MakerVideo MakerGallery MakerEmbed MakerList MakerMeme MakerEmoji Addict

KUALA LUMPUR: Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) telah mewujudkan satu jawatankuasa perundingan baharu bagi meneliti dan berunding semula dengan Synergy Promenade Sdn Bhd membabitkan projek Kuala Lumpur Vertical City (KLVC), kata Pengerusinya, Tan Sri Megat Zaharuddin Megat Mohd Nor.

Menurutnya, ini berikutan jawatankuasa siasatan sebelum ini gagal mendedahkan laporan forensik sepenuhnya kepada Lembaga Pengarah baharu.

“Kita mempunyai satu jawatankuasa perundingan sebelum ini dan mereka telah diberi tempoh selama enam bulan yang berakhir pada 16 Julai lepas, iaitu tempoh sebelum Lembaga Pengarah baharu itu dibentuk.

“Oleh itu, sebelum dapat memulakan rundingan semula dengan mereka (Synergy Promenade), kita juga perlu tahu bagaimana untuk mengetengahkan perkara (untuk perbincangan) itu,” katanya pada taklimat khas media di sini, hari ini.

Mengulas selanjutnya, Megat Zaharuddin berkata jawatankuasa baharu itu kini dalam peringkat memperhalusi mandat yang diberi dan akan memulakan rundingan dengan Synergy Promenade sebelum akhir tahun ini.

“Pada masa ini, kita masih dalam usaha mengumpul maklumat daripada pihak pengurusan serta berbincang dengan pihak peguam,” katanya.

Beliau juga tidak menafikan bahawa satu siasatan forensik baharu akan mungkin dibentuk bagi meneliti pelbagai perkara lain.

Semua maklumat itu akan dikemukakan kepada kerajaan dalam bentuk Kertas Putih yang dijangka dibentangkan pada sidang Parlimen seterusnya sebelum akhir tahun ini.

Kertas tersebut antara lainnya akan mengetengahkan pelbagai isu dalam Felda termasuk kelemahan perancangan, tadbir urus dan penyelewengan dalam agensi berkenaan.

— BERNAMA