in

Chong Wei jumpa Momota di final Terbuka Malaysia

Years Of MembershipCommunity ModeratorVerified UserUp/Down VoterContent AuthorQuiz MakerPoll MakerStory MakerImage MakerAudio MakerVideo MakerGallery MakerEmbed MakerList MakerMeme MakerEmoji Addict

KUALA LUMPUR: Jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei berada dalam kelasnya tersendiri apabila mengekalkan rekod tanpa kalah terhadap Tommy Sugiato dalam 17 perlawanan dan sekali gus meneruskan kemaraan ke final Terbuka Malaysia 2018 di sini hari ini.

Chong Wei juga semakin hampir melakar sejarah memenangi kejuaraan Terbuka Malaysia buat kali ke-12 selepas menyingkirkan pencabarnya dari Indonesia itu dengan straight set 21-18, 21-15 pada separuh akhir perseorangan lelaki di Axiata Arena,Bukit Jalil. di sini.

Namun pemenang pingat perak Sukan Olimpik Rio itu tidak menafikan ujian sebenar bakal teruji apabila menantinya di final esok adalah pemain muda sedang meningkat naik, Kento Momota dari Jepun yang dengan konsistennya menumpaskan ramai pemain terkemuka kali ini.

Momota, yang berusia 23 tahun itu, sekali lagi mudah menewaskan pemain pilihan keempat, Kidambi Srikanth dari India 21-13, 21-13 dalam satu lagi perlawanan separuh akhir.

Untuk rekod dua pertemuan sebelum ini antara Chong Wei dan Momota adalah seimbang dengan kedua-dua pemain itu memenangi satu perlawanan.

“Dia pemain muda yang berbakat dan hebat, saya pernah beritahu, selepas beliau habis daripada tempoh pergantunggan, Momota akan menjadi pemain yang akan digeruni selepas ini. Selepas saya dan Lin Dan bersara nanti, dia dan Axelsen akan menjadi tumpuan.

“Tetapi pada perlawanan esok, saya akan bermain dengan cara saya tersendiri, fokus dengan corak permainan saya. Saya berharap akan beraksi lebih baik daripada hari ini,” katanya kepada pemberita.

Mengenai aksi hari ini, Chong Wei tetap memuji lawannya itu yang mampu menewaskan pemain nombor tiga dunia, Shi Yuqi dari China untuk ke separuh akhir hari ini.

“Saya puas hati dengan prestasi saya, menang ke atas Tommy sebanyak 17 kali dan tidak pernah kalah, ia sangat penting dalam karier saya. Perlawanan hari ini bukan mudah, semangat dia di gelanggang berbeza selepas berjaya menewaskan pemain nombor tiga dunia semalam.

“Dalam fikiran saya, perlawanan hari ini adalah sengit, saya perlu memberikan aksi habis-habisan untuk memenangi perlawanan tadi,” katanya.

Sementara itu, Momota berkata beliau benar-benar mahu menentang Chong Wei di perlawanan akhir esok dan menjangkakan satu perlawanan yang sengit.

Mengulas mengenai persembahannya, Momota berkata dia masih perlu memperbaiki pukulannya kerana kebanyakan pemain bertaraf dunia mempunyai pukulan yang tajam dan pantas.

“Srikanth mempunyai pukulan ‘smash’ yang baik dan pantas. Gaya permainannya unik. Saya perlu bermain dengan agresif untuk mendapatkan mata. Esok saya memang berharap untuk menentang Chong Wei kerana dia merupakan salah seorang pemain terbaik di Malaysia.

“Saya tidak fikirkan mengenai menang atau kalah, saya hanya ingin menikmati perlawanan itu dan akan menunjukkan permainan yang terbaik untuk peminat dan penyokong,” katanya.

— BERNAMA




  • What do you think?

    -1 points
    Upvote Downvote