in

Cadangan bawa gajet ke sekolah dikaji semula – Dr Maszlee

Years Of MembershipCommunity ModeratorVerified UserUp/Down VoterContent AuthorQuiz MakerPoll MakerStory MakerImage MakerAudio MakerVideo MakerGallery MakerEmbed MakerList MakerMeme MakerEmoji Addict

IPOH: Kementerian Pendidikan akan mengkaji secara terperinci cadangan untuk mewujudkan polisi bagi membenarkan pelajar membawa gajet dan peranti elektronik ke sekolah sebagai membantu proses pengajaran dan pembelajaran (PDP) yang dibuat oleh pentadbiran sebelum ini. 

Menteri bertanggungjawab, Dr Maszlee Malik berkata cadangan itu perlu diteliti sedalamnya termasuk melihat daripada sudut keselamatan serta prasarana teknologi yang ada. 

“Kementerian tidak mahu hanya menekankan kepada gajet sahaja kerana kontraktor (perisian) yang akan untung tetapi pelajar tidak mendapat manfaat. 

“Maka cadangan itu perlu dilihat secara holistik dan komprehensif,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Ramah Mesra Menteri Pendidikan Bersama Pelajar Politeknik dan Kolej Komuniti dan Pra-pelancaran Sambutan Jubli Emas Politeknik Malaysia di Politeknik Ungku Omar (PUO) di sini, hari ini.

Menteri Pendidikan sebelum ini, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata cadangan membenarkan pelajar membawa gajet dan peranti elektronik dikemukakan seiring pembangunan teknologi semasa. 

Terdahulu dalam ucapannya, Maszlee berkata konsep kegembiraan, kasih sayang dan saling menghormati  perlu diterapkan dalam sistem pendidikan negara bagi mewujudkan Malaysia sebagai negara maju seterusnya mengelak ia terjerumus dalam lembah konflik.

Selain itu, beliau mahu politeknik memikirkan cara terbaik untuk memastikan graduan yang dihasilkan bukan sahaja mendapat permintaan di pasaran kerja tempatan, malah mampu menembusi pasaran antarabangsa.

“Saya difahamkan proses PDP di politeknik dilaksanakan dalam Bahasa Inggeris. Ini merupakan satu tangga untuk graduan diangkat ke persada antarabangsa,” katanya.

PUO yang ditubuhkan pada 1969 dan merupakan politeknik pertama ditubuhkan dalam negara akan menyambut ulangtahun ke-50 pada tahun depan. — Bernama




  • What do you think?

    -13 points
    Upvote Downvote