Lokasi habitat kelip-kelip baharu bakal dibuka di Taiping

816 Views in
Content AuthorYears Of MembershipCommunity ModeratorVerified UserUp/Down VoterQuiz MakerPoll MakerStory MakerImage MakerAudio MakerVideo MakerGallery MakerEmbed MakerList MakerMeme MakerEmoji Addict

Kerajaan Perak menunjukkan komitmen mereka dengan merancang untuk mewartakan tanah seluas 153 hektar di sepanjang Sungai Sepetang, sebagai zon habitat kelip-kelip di Kampung Dew, Taiping.

Cakap sahaja mengenai serangga kelip-kelip, kita pasti akan teringatkan satu lokasi sahaja, iaitu Kampung Kuantan di Selangor.

Walaupun, ada beberapa lagi lokasi lain yang turut dibangunkan sebagai habitat kelip-kelip misalnya di Kuala Linggi, Seremban dan Firefly Leisure Park di Kota Tinggi, Johor serta Cherating, Pahang ia tidak sebaik habitat Kampung Kuantan.

Jika 20 tahun dahulu, kita masih boleh melihat spesies kumbang ini dekat kawasan perumahan, di kampung halaman, kini ia semakin sukar ditemui malah ramai yang tidak mempunyai kesedaran untuk menjaga habitat serangga unik bercahaya ini.

Mengambil kita pelbagai faktor, kerajaan Perak menunjukkan komitmen mereka dengan merancang untuk mewartakan tanah seluas 153 hektar di sepanjang Sungai Sepetang, sebagai zon habitat kelip-kelip di Kampung Dew, Taiping.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan negeri, Tan Kar Hing, sebuah jawatankuasa akan ditubuhkan Pejabat Daerah dan Tanah Larut Matang dalam memastikan rizab tanah di sungai tersebut dijadikan sebagai kawasan habitat kelip-kelip.

“Melalui jawatankuasa itu, kerajaan akan mewartakan tanah milik kerajaan negeri di kawasan berkenaan demi mengekalkan habitat kelip-kelip.

“Kita mendapati ada banyak tanah milik persendirian di kawasan itu dan berlakunya pencerobohan di kawasan menjadi habitat kelip-kelip yang perlu dikekalkan demi menjaga kualiti kebersihan di sungai tersebut,” katanya petik Bernama.

Kampung Dew merupakan antara kawasan habitat kelip-kelip yang terkenal selain Kampung Kuantan di Selangor.

Tan juga menekankan agar habitat kelip-kelip di situ perlu dikekalkan termasuk dari segi biodiversiti, infrastruktur dan latihan kepada pemandu pelancong agar layanan terbaik dapat diberikan kepada pelancong.

“Kita juga berterima kasih kepada syarikat berkaitan kerajaan (GLC) seperti TNB kerana menjalankan penyelidikan dan pembangunan (R&D) bagi mengenal pasti spesis kelip-kelip dan sampel kualiti air di sini sehingga hujung tahun ini,” katanya.

Beliau berkata kos untuk menjalankan penyelidikan amat tinggi dan tanggungjawab sosial korporat (CSR) itu dapat membantu meringankan beban kerajaan negeri.

“Hasil R&D nanti kita akan bincang bersama TNB dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang menjalankan penyelidikan tersebut,” katanya.