in

Bulu Helang di Permukaan Bulan?

Content AuthorYears Of MembershipCommunity ModeratorVerified UserUp/Down VoterQuiz MakerPoll MakerStory MakerImage MakerAudio MakerVideo MakerGallery MakerEmbed MakerList MakerMeme MakerEmoji Addict

Manusia memang suka meninggalkan kesan di mana-mana saja mereka pergi. Para angkasawan NASA juga tidak lepas dari perkara ini. Banyak betul objek-objek yang ditinggalkan sepanjang siri misi Apollo ke bulan. Salah satu dari objek tersebut adalah bulu helang yang dibawa oleh Commander Dave Scott dalam misi Apollo yang ke-15.

Gambar bulu helang falcon yang ditinggalkan di permukaan bulan. Sumber [NASA]
https://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/8/8d/Apollo_15_F%26H.jpg
Apa motif beliau bawa burung helang jauh-jauh ni? Bagi yang tak tahu, permukaan bulan ni tak mempunyai atmosfera seperti bumi. Jadi kat sini sangat sesuai untuk mengulang kembali eksperimen Galileo pada abad ke-17 berkenaan graviti kerana tak ada rintangan udara. Kalau ikut teori Galileo, tanpa rintangan udara, tukul besi dan bulu burung akan jatuh pada kelajuan yang sama di dalam daya tarikan graviti. Betul ke? Boleh tengok eksperimen tersebut dalam video di bawah.