Bila tak bahagia di tempat kerja, masa untuk ubah angin

325 Views in
Content AuthorYears Of MembershipCommunity ModeratorVerified UserUp/Down VoterQuiz MakerPoll MakerStory MakerImage MakerAudio MakerVideo MakerGallery MakerEmbed MakerList MakerMeme MakerEmoji Addict

Ada waktu di mana anda bosan sehingga merasakan pekerjaan itu membuatkan anda muak dan merasakan sudah melakukan yang terbaik sehingga tiada apa lagi yang boleh disumbangkan lagi.

Tidak ada pekerjaan yang benar-benar sempurna, walaupun kita mencintai kerjaya tersebut.

Pada satu-satu masa tertentu, anda pasti akan rasa bosan dan letih. Pekerjaan itu sendiri membuatkan anda muak dan merasakan sudah melakukan yang terbaik sehingga tiada apa lagi yang boleh disumbangkan lagi.

Ia menandakan masa untuk anda bergerak, sama ada ke jabatan berbeza, tugasan atau tanggungjawab yang lain atau mungkin tempat kerja dengan suasana yang benar-benar berlainan.

Atau adakah anda sendiri tidak pasti sama ada tempat kerja anda sekarang sesuai untuk emosi dan motivasi anda? Mari kita perhatikan 3 petanda anda berada dalam kerjaya yang salah seperti mana yang dinasihati oleh pakar Kerjaya di Monster, Vicki Salemi:

Anda tidak bahagia

Tidak bahagia adalah tanda anda tiada kepuasan dalam pekerjaan yang sedang dilakukan. Menurut Salemi, perasaan bekerja dengan rasa bahagia tidak melibatkan soal gaji besar atau pengiktirafan sesebuah jabatan/syarikat di mata umum. Sebaliknya anda merasakan tiada motivasi untuk mengembangkan kemampuan dan pengetahuan dalam menyempurnakan hasil kerja anda.

“Bukan semua pekerjaan membawa pengalaman indah. Namun apabila tidak lagi bersemangat dari saat anda bangun pagi untuk ke kerja, anda merasakan pekerjaan itu sebagai beban, tiada hubungan yang baik antara para rakan sekerja dan pegawai atasan dan anda lazim dipersalahkan, itu jelas menunjukkan anda sudah tidak bahagia dengan kerjaya anda.

Berdepan jalan buntu

Adakah sepanjang masa anda seperti menghadapi jalan buntu? Salemi berkata, saat pejabat anda tidak merasakan anda memberi sebarang kontribusi, tiada kenaikan jawatan dalam waktu terdekat, dan anda sendiri boleh meneka tiada banyak yang akan berubah dalam 5 tahun akan datang, anda sedang berada di penghujung jalan.
“Sudah tiba masanya untuk mengalih tenaga anda ke tempat lain supaya anda kembali kreatif dan bersemangat,” ujarnya.

Malas bercakap hal kerja

Anda malas membicarakan soal pekerjaan? Pekerjaan anda bukan lagi perkara yang mengujakan untuk dibincangkan bersama teman atau rakan-rakan? Pada saat itu anda mungkin rasa gelisah dan tidak selesa menandakan anda benar-benar muak dengan pekerjaan yang sedang dilakukan sekarang.