AS Roma Mengaku Punyai Persamaan Dengan Kelab Malaysia Ini

51 Views in
Years Of MembershipCommunity ModeratorVerified UserUp/Down VoterContent AuthorStory MakerList MakerEmbed MakerVideo Maker

Selangor FA dipilih sebagai Team of the Day oleh pasukan gergasi Itali, AS Roma. Bukan hanya sekadar memuji sistem bola sepak yang baik, pihak Roma juga menyebut bahawa mereka memiliki persamaan dengan Selangor FA.

Foto: Football Tribe

Sebelum-sebelum ini, pelbagai pasukan seperti Rozen Rovers FC, kelab asal Australia Perth Glory, kelab asal Gibraltar, FC Boca Gibraltar yang telah dipilih AS Roma.

Mana-mana pasukan yang mendapat penghormatan dari kelas bersejarah Itali itu sudah pastinya akan melonjakkan semangat para pemain.

Dari akaun Twitter AS Roma, mereka telah mengumumkan Selangor FA sebagai kelab pilihan mereka kerana mempunyai warna merah dan kuning yang sama pada logo kelab. Merah melambangkan keberanian, manakala kuning melambangkan kesetiaan.

 

“Team of the Day AS Roma pada hari Isnin kali ini adalah Selangor FA dari Malaysia. Enam kali juara liga, kelab ini digelar The Red Giants dan warna lambangnya sama seperti AS Roma. Merah untuk keberanian dan kuning untuk kesetiaan,” kata pihak Roma yang ditulis di akaun rasmi Twitter.

Sumber: Twitter

https://zine.my/bolatribe/as-roma-mengaku-punyai-persamaan-dengan-kelab-malaysia-ini/