8 Bandar Di Dunia Dengan Udara Paling Bersih

674 Views in ,
Content AuthorYears Of MembershipCommunity ModeratorVerified UserUp/Down VoterQuiz MakerPoll MakerStory MakerImage MakerAudio MakerVideo MakerGallery MakerEmbed MakerList MakerMeme MakerEmoji Addict

Di Malaysia sendiri, tak mungkin kita lupakan saat dilanda bencana jerebu ekoran pembakaran hutan di kepulauan jiran, Sumatera.

Bandar-bandar besar seringkali terpalit dengan pelbagai isu pencemaran.

Antaranya ialah isu pencemaran udara. Dikelilingi kilang-kilang, mod pengangkutan dan pengaruh pencemaran bahan luar dilihat sebagai penyebab utama yang merosakkan alam sekitar.

Di Malaysia sendiri, tak mungkin kita lupakan saat dilanda bencana jerebu ekoran pembakaran hutan di kepulauan jiran, Sumatera.

Ia menyebabkan bacaan indeks pencemaran udara mencapai sehingga 300 dan lebih.

Selain Malaysia, Thailand, India, China juga mempunyai bandar raya yang terkesan dengan masalah pencemaran udara yang kronik.

Portal Traveller memetik 8 bandar raya besar di dunia yang memiliki kualiti udara bersih, segar dan paling selamat:

1. Madrid, Sepanyol

Penduduk di bandar ini, khususnya mereka yang menetap di daerah Malasana, lebih memilih berjalan kaki atau menggunakan kenderaan separa motor sebagai mod pengangkutan. Kalau tak percaya lihat gambar Google bandar tersebut.

2. Monaco

Sebut sahaja Monaco, pasti ramai yang teringatkan litar balapan Formula 1. Namun siapa sangka negara yang terkenal dengan sukan motor ini memiliki udara terbersih di benua Eropah. Menurut WHO, Monaco memiliki bacaan pencemaran yang paling rendah iaitu 2.5.

3. Helsinki, Finlandia

Memang melampau apabila memikirkan undang-undang pemerintah bandar ini yang tidak mahu langsung pengguna kenderaan bermotor. Dalam kata lain, hanya pengangkutan awam diutamakan dalam setiap urusan pergi balik.

4. Montevideo, Uruguay

Bandar dalam persekitaran tropika tidak bermakna memiliki udara yang kotor. Bandar Montevideo adalah buktinya. Udara di bandar ini bersih walaupun berlokasi di kawasan pesisir. Pemerintah bandar ini memberi komitmen tinggi supaya tiada aktiviti yang mencemar udara di Montevideo.

5. Edinburgh, Scotland

Bandar ini pernah diselubungi dengan masalah pencemaran udara suatu masa dahulu. Namun ia mengambil transformasi besar sekaligus menjadi bandar berudara bersih, bahkan lebih bersih dari beberapa bandar besar lain di Eropah.

6. Ottawa, Kanada

Sekitar tahun 1950-an, Kanada menyenarai 202 kilometer persegi kawasan bandarnya sebagai kawasan hijau yang tidak boleh disentuh. Secara tidak langsung mereka membiarkan alam sekeliling untuk mencipta keseimbangan tersendiri. Hasilnya pada masa kini Ottawa, menjadi salah satu kota terbersih di dunia.

7. Wellington, New Zealand

Bandar kepulauan ini lazim menjadi lokasi pilihan pelancong kerana udara segar. Meskipun sudah mencapai tahap udara yang baik, mereka terus berusaha untuk menjadi bandar yang efisien tenaga selain program pengolahan sampah yang efektif.

8. Stockholm, Sweden

Bandar ini adalah pemenang bandar hijau, selain terbersih, di benua Eropah pada tahun 2010. Namun Stockholm masih ingin menguragkan tingkat emisi karbon sebanyak 25% dan menjadi yang lebih baik.