VIDEO: Pedih! Muka Penyerang Pasukan Reading ‘Pecah’ Akibat Dipijak Pemain Aston Villa

6,293 Views 1 Comment in , ,
Years Of MembershipCommunity ModeratorVerified UserUp/Down VoterContent AuthorStory MakerList MakerEmbed MakerVideo Maker

Penyerang utama pasukan Reading, Oliveira mengalami kecederaan yang amat teruk di bahagian mukanya selepas dipijak oleh pemain Aston Villa dalam aksi perlawanan Championship 2 Februari lalu yang berakhir dengan keputusan seri 0-0.

Pendarahan Tidak Berhenti

Oliveira pantas dikejarkan ke hospital dengan keadaan muka yang dipenuhi darah kesan pijakan tapak kasut bola Tyrone Mings tepat diatas muka. Pendarahan yang tidak berhenti dan tulang hidungnya yang patah juga memaksa Oliveira untuk menerima rawatan penuh di hospital. Walaubagaimana pun, insiden itu dipercayai tidak sengaja dilakukan oleh Tyrone.

Kredit: Twitter Adam Goodwin

Pemain pertahanan Aston Villa, Tyrone yang pertama kalinya menyarung jersi Aston Villa selepas dipinjamkan dari Bournemouth tidak sengaja bergelut untuk mendapatkan bola dan akhirnya, Oliveira terjatuh betul-betul di depannya.

Video Tyrone Pijak Muka Oliveira

Respek Dalam Bola Sepak

Walaupun kecederaan itu dilihat sangat teruk, pengadil perlawanan tetap meneruskan perlawanan dan menganggap itu adalah ‘advantage’ kepada pasukan Aston Villa. Namun, Tyrone sedar apa yang dilakukannya dan mengambil keputusan untuk hentikan perlawanan supaya Oliveira boleh menerima rawatan dengan segera dari pasukan medik.

Kedit: Simon Dael

Bukan itu sahaja, Tyrone Mings yang berasa amat bersalah juga meminta maaf kepada Oliveira di akaun rasmi Twitternya.

Bukan Pertama Kali Pertama

Kembali pada Mac tahun 2017 lalu, bekas pemain pertahanan Bournemouth itu sudah digantung 5 perlawan akibat memijak muka Zlatan Ibrahimovic ketika menentang Manchester United.

 

 

BERITA VIRAL

Bebas Dari Penjara, Bekas Pemain Manchester City Ini Berharap Masih Ada Kelab Mahukannya