VIDEO: Mario Balotelli Iri Hati Dengan Aksi ‘Kurang Ajar’ Cristiano Ronaldo

8,346 Views in , ,
Years Of MembershipCommunity ModeratorVerified UserUp/Down VoterContent AuthorStory MakerList MakerEmbed MakerVideo Maker

Cristiano Ronaldo dikejar Mario Balotelli selepas menjaringkan gol tunggal perlawanan melalui sepakan penalti ketika Juventus menentang Torino, Sabtu 15 Disember lalu.

Selepas menewaskan penjaga gol Torino dengan rembatan kencang itu, pemain Portugal itu melakukan aksi selebrasi yang tidak sepatutnya. Ronaldo nampaknya sengaja melanggar penjaga gol, Salvador Ichazo dengan badannya.

Aksi itu menyemarakkan api kemarahan para pemain Torino dan ingin menyerang Ronaldo beramai-ramai. Nasib CR7 baik kerana rakan-rakan sepasukannya berjaya menghalang niat pemain lawan.

Ketua pengadil perlawanan, Marco Guida dengan tanpa membuang masa telah melayangkan kad kuning kepada Cristiano Ronaldo diatas perlakuan tersebut yang membuatkan situasi menjadi tegang.

Melihat aksi yang menyakitkan hati itu, pemain OGC Nice, Mario Balotelli sangat iri hati dengannya. Balotelli mengatakan bahawa jika beliau yang melakukan aksi itu, sudah tentu ramai yang akan mengecam dan mencacinya. Tapi sebaliknya yang terjadi kepada pemain bintang dunia, Cristiano Ronaldo.

“Jika saya yang melakukannya, maka habislah saya!” kata Balotelli dalam Insta Story miliknya.

Seperti yang kita ketahui, Mario Balotelli adalah seorang pemain bola sepak yang penuh dengan kontroversi. Kerana itu, dia selalu menarik perhatian ramai orang ditambah lagi dengan cacian dan ejekan terhadapnya.

Balotelli juga pernah meluahkan apa yang dirasakannya ketika berjersi Manchester City dahulu dengan tulisan di bajunya.

“Why Always Me?”

BERITA VIRAL

Ini Satu-satunya Pemain Yang Pernah Dipinta Messi Untuk Bertukar Jersi