Years Of MembershipCommunity ModeratorVerified UserUp/Down VoterContent AuthorStory MakerList MakerEmbed MakerVideo Maker

in , ,

VIDEO: Ini Reaksi Paulo Dybala Selepas Cristiano Ronaldo Meniru Gayanya

Cristiano Ronaldo melakukan gaya selebrasi terbaru dengan meniru gaya yang sering dilakukan oleh Paulo Dybala iaitu ‘Dybala Mask’.

Pada perlawanan Juventus menewaskan Sassuolo 3-0, Ronaldo berjaya meledak satu gol buat Juventus. Seperti biasa, pemain dengan rekod 5 kali pemenang anugerah Ballon d’Or itu meraikan golnya tetapi kali ini dengan meletakkan tangan di muka seperti ‘Dybala Mask’

Gaya itu dipercayai dilakukan Ronaldo kerana Dybala asyik diletakkan di bangku simpanan. Bukan itu sahaja, ia juga adalah sebuah pesanan kepada pengurus pasukan Juventus, Max Allegri untuk menurunkan pemain bintang Argentina itu.

Selepas video Ronaldo melakukan ‘Dybala Mask’ tular di media sosial, Dybala terus memuat naik gambar Ronaldo dengan gaya itu di akaun rasmi Instagramnya. Dybala menggabungkan gaya terkenal Ronaldo dan gayanya jadikan gaya terbaru mereka iaitu “SIIIUUUU-MASK”.

Reaksi tersebut menunjukkan betapa akrabnya kedua-dua pemain tersebut meskipun Dybala hanya pemanas bangku simpanan. Allegri yang lebih menyukai strategi hantaran silang jauh, lebih memilih untuk menggandingkan Mario Mandzukic bersama Cristiano Ronaldo di bahagian serangan.

Sumber: Instagram

BERITA VIRAL HARI INI

Rumah Boetang Dirompak Selepas Perlawanan Pertamanya Yang Mengecewakan