Sumpahan Jersi Nombor 7 Manchester United, Hanya 13 Gol Sahaja Dijaringkan Sejak CR7 Pergi

3,048 Views 1 Comment in ,
Years Of MembershipCommunity ModeratorVerified UserUp/Down VoterContent AuthorStory MakerList MakerEmbed MakerVideo Maker

Manchester United nampaknya belum menjumpai pengganti yang tepat untuk jersi bernombor 7 sejak pemergian Cristiano Ronaldo.

Ronaldo pergi meninggalkan United pada tahun 2009 ke Real Madrid. Dalam 6 musim Ronaldo di Old Trafford, dia berjaya membimbing United meraih banyak trofi termasuk 3 EPL dan 1 Liga Juara-juara Eropah.

Dalam statistik pemain kelahiran Portugal itu, dia menjaringkan 118 gol dalam 292 kesemua penampilan di Manchester United. Satu statistik yang amat cemerlang bagi pemain muda ketika itu.

Sebelum kedatangan Ronaldo yang memakai jersi bernombor 7 keramat di United, nombor itu sudah pun dipakai oleh lagenda-lagenda terkenal seperti Eric Cantona, George Best, Bryan Robson dan David Beckham.

Namun sejak Ronaldo tidak lagi bersama mereka, pemain yang mengisi jersi nombor 7 itu tidak pernah memberikan impak yang besar kepada pasukan. Disumpah kot.

Sehingga kini, sudah ada 5 orang pemain yang telah cuba untuk menyambung generasi jersi no 7 Manu tetapi semuanya tidak berjaya. Mereka berlima hanya dapat menjaringkan 13 gol sahaja di dalam semua pertandingan bersama United. Lemah.

Alexis Sanchez, pemain terkini yang memakai nomor keramat itu pun sedang cuba menyesuaikan diri disana. Setakat, Sanchez hanya berjaya menjaringkan beberapa gol dan telah dikritik teruk oleh peminat mereka sendiri.

Berikut Nama Pemakai Jersi Nombor 7 MU sejak Ronaldo:

  • Michael Owen: 31 perlawanan, 5 gol
  • Antonio Valencia: 30 perlawanan , 1 gol
  • Angel Di Maria: 27 perlawanan, 3 gol
  • Memphis Depay: 33 perlawanan, 2 gol
  • Alexis Sanchez: 17 perlawanan, 2 gol

BACA JUGA

Manchester United Ada Sasaran Pengurus Yang Baharu, Siapakah Beliau ?