Rumah Boateng Dimasuki Pencuri Setelah Perlawanan Pertamanya Yang Mengecewakan

2,739 Views in ,
Years Of MembershipCommunity ModeratorVerified UserUp/Down VoterContent AuthorStory MakerList MakerEmbed MakerVideo Maker

Malang tidak berbau. Itulah pepatah yang sesuai kepada pemain baharu Barcelona, Kevin Prince Boateng setelah rumahnya dirompak beberapa jam selepas perlawanan pertamanya di La Liga menentang Real Vallalodid.

Boateng yang baru sahaja memulakan karier di bandar Sepanyol itu menunjukkan prestasi yang kurang memberangsangkan. Barcelona hanya menang tipis 1-0 hasil jaringan penalti Lionel Messi.

Dalam beberapa kali percubaan yang dilakukan penyerang berusia 33 tahun itu, hanya dua kali sahaja daripadanya yang tepat ke arah pintu gawang gol. Akibatnya, pada minit ke-60 Velverde membawa masuk Suarez menggantikan Boateng.

Namun bukan itu sahaja malang yang ditimpanya, malah setibanya Boateng di rumah kediaman dia dapati sekumpulan perompak sudah memasuki rumahnya. Perlbagai barang perhiasan telah hilang berserta sejumlah wang yang banyak.

Laporan dari media Sepanyol, Mundo Deportivo La Coruna, rumah penyerang Barcelona tersebut telah mengalami kerugian sebanyal 400 ribu Euro Pound.

Sumber: Deportivo La Coruna